Final AFF Suzuki 2016 : Garuda Mahukan Kejayaan Gemilang Selepas Hilang!

Siapa sangka kempen Piala AFF Suzuki Indonesia akan pergi sejauh ini. Liga mereka baru sahaja kembali dan bola sepak mereka baru bebas dari penjara FIFA.

Memang mereka masih aktif dengan bola sepak, namun tindakan FIFA menggantung mereka tetap memberikan impak yang menjadi faktor penolakan pemain luar untuk datang ke Liga Indonesia.

Prestasi Semasa

Thailand

22/11/2016 Thailand 1-0 Singapura
25/11/2016 Filipina 0-1 Thailand
04/12/2016 Myanmar 0-2 Thailand
08/12/2016 Thailand 4-0 Myanmar
14/12/2016 Indonesia 2-1 Thailand

Indonesia

22/11/2016 Filipina 2-2 Indonesia
25/11/2016 Singapura 1-2 Indonesia
3/12/2016 Indonesia 2-1 Vietnam
7/12/2016 Vietnam 2-2 Indonesia
14/12/2016 Indonesia 2-1 Thailand

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam 2 edisi final Piala AFF Suzuki. Kedua-duanya memihak kepada Thailand. Namun dalam final tersebut belum menggunakan format timbal balik.

Rekod pertemuan keseluruhan adalah 75 perlawanan. Thailand menang 37 kali dan Indonesia menang 24 kali. 14 lagi perlawanan adalah seri.

5 perlawanan terakhir mereka pula 3 dimiliki Thailand dan 2 lagi dimiliki Indonesia. Ini adalah pertemua ke-3 mereka dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2016.

Pada peringkat kumpulan Thailand menang 4-2. Dalam final perlawanan pertama Indonesia menang 2-1.

Fakta Perlawanan

  • Thailand menang semua perlawanan di AFF Suzuki kecuali menentang Indonesia dalam final pertama
  • Indonesia menjadi pasukan pertama menewaskan Thailand selepas Iraq pada 11 Oktober lalu. Thailand tanpa kalah dalam 6 perlawanan
  • Kali terakhir Indonesia menang 2 atau lebih dari 2 perlawanan berturut-turut adalah pada Ogos 1983 – Mac 1985, Indonesia menang 4 perlawanan berturut-turut menentang Thailand.
  • Indonesia masih belum kalah dalam 5 perlawanan terakhir
  • Indonesia konsisten menjaringkan 2 gol dalam semua 6 perlawanan mereka setakat ini dalam Piala AFF termasuk ketika tewas di tangan Thailand (MD 1) dan seri dengan Filipina (MD2) dan seri dengan Vietnam (SF2)
  • Indonesia menjadi pasukan pertama yang menjaringkan gol ke atas Thailand selepas 4 clean sheet. Pasukan terakhir sebelum itu juga Indonesia ketika tewas 4-2 di tangan Thailand.

Perang Taktik

Alfred Riedl banyak bergantung kepada serangan balas yang pantas dan bola sepak berani. Namun beliau harus menggariskan isu stamina dan tenaga pasukan Indonesia yang kerap menurun mendadak.

Thailand pula memiliki adunan taktikal yang lebih fluid dan berasaskan bek bertiga. Mereka menggemari bola sepak berasaskan penguasaan bola yang beterusan.

Chanathip Songkrasin antara pemain yang menjadi asas kepada sistem mereka. Beliau juga antara motor yang akan menambahkan lagi kualiti Teerasil Dangda di hadapan.

Indonesia menerima tamparan hebat apabila Andik Vermansyah tidak terlibat dalam perlawanan ini kerana kecederaan ligamen.

Thailand mungkin sudah tahu akan keupayaan pemain seperti Boas S0lossa dan Rizky Pora yang menjadi pencetus panik kepada mereka dalam petemuan sebelum ini.

Perhitungan Terakhir!

Final terakhir mereka di Bangkok adalah milik Thailand dengan kemenangan 4-1.

Adakah Sang Garuda merah akan berjaya menundukkan Sang Gajah Putih yang merupakan pasukan paling banyak menjulang piala serantau ini?

Dalam final, isu kualiti pemain bukan jaminan untuk menag. Ia melibatkan aspek dalam kerangka lebih besar. Tekanan mental, fokus dalam perlawanan dan kurangkan kesilapan.

Siapakan akan juara untuk edisi kali ini?

Baca juga : Pra Musim MSL 2017 : Lepaskan Diaz, Adakah Ia ‘Dosa’ Besar JDT?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN