Filipina mencipta sejarah manis dalam bola sepak mereka apabila bangkit daripada ketinggalan dan menang 2-1 ke atas Taijikistan untuk mara ke Piala Asia buat pertama kali.
Lebih indah sejarah itu dicipta di hadapan penyokong mereka sendiri di Stadium Peringatan Rizal.
Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama. Pasukan pelawat, Taijikistan terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-64 selepas Akhtam Nazarov menjaringkan gol menerusi titik penalti.
Penalti itu dihadiahkan kepada Taijikistan kerana Kevin Ingreso menjatuhkan Nuriddin Davronov.
Namun begitu, tidak lama selepas itu Ingreso menebus kesilapan beliau. Ingreso menjaringkan gol pada minit ke-74 selepas menerima hantaran lintag daripada pemain sensasi mereka Iain Ramsay.
Filipina hanya memerlukan seri untuk mara. Namun mereka dihadiahkan penalti pada minit akhir perlawanan dan disempurnakan oleh Phil Younghusband. Itu adalah jaringan antarabangsa ke-50 untuk kapten The Azkal tersebut.
Filipina meraikan kejayaan mereka untuk mara ke Piala Asia yang akan berlangsung di UAE tahun 2019 dengan status juara kumpulan F.
Phil Younghusband mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong Azkal yang berterusan menyokong pasukan mereka tanpa jemu.
Phil thanks the Philippine football fans for their endless support through the highs and lows of the team. pic.twitter.com/9RHlExh6i7
— ABS-CBN Sports (@abscbnsports) March 27, 2018
Satu pencapaian yang membanggakan oleh pasukan Filipina yang masih berada dalam kedudukan ranking terbaik di Asia Tenggara dalam beberapa bulan ini.