Ronaldinho Tolak Pinangan Sir Alex Untuk Barcelona

Hanya dipisahkan tempoh masa 48 jam! Legenda Brazil, Ronaldinho hampir menyertai kelab Liga Premier Inggeris (EPL), Manchester United sebelum membuat keputusan untuk ke La Liga.

Bercakap kepada FourFourTwo, Ronaldinho telah mendedahkan pada 2003, perpindahannya daripada kelab Perancis, Paris Saint-German (PSG) ke Manchester United hampir direalisasikan.

Sir Alex Ferguson pada ketika itu dalam misi pencarian pemain untuk menggantikan pemain sayap England, David Beckham yang dikhabarkan bakal berhijrah ke La Liga.

Beckham akhirnya memilih untuk menyertai Real Madrid, walaupun pada awalnya dikhabarkan telah menarik minat Barcelona. Dan disebabkan itu, Barcelona telah membuat keputusan drastik.

Presiden Barcelona ketika itu, Sandro Rosell dengan segera telah menghubungi Ronaldinho, yang baru sahaja selesai perbincangan bersama Manchester United.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Ianya hampir berlaku (perpindahan ke Manchester United),” ujar bekas pemain berusia 38 tahun itu kepada FourFourTwo.

“Semuanya berlaku dalam tempoh 48 jam, Sandro Rosell pernah bertanya sebelum ini: ‘Jika saya menjadi Presiden Barcelona, adakah anda akan datang?’.

“Saya mengiyakannya,” jelasnya yang telah mengumumkan persaraannya pada awal tahun lalu. Ronaldinho sudah tidak beraksi secara kompetitif sejak dari tahun 2015.

(Photo credit should read GIUSEPPE CACACE/AFP/Getty Images)

“Perbincangan bersama United telah memasuki fasa akhir apabila Rosell menghubungi saya memaklumkan dia ketika itu dalam proses memenangi pilihanraya Presiden.

“Dan saya pernah berjanji kepadanya yang saya akan bermain di Barcelona, ianya satu rundingan yang singkat,” ujarnya lagi.

“Saya maklumkan kepada United yang saya memilih untuk ke Barca. Ia adalah pilihan yang tepat. Orang Brazil sentiasa menyukai Barca. Kami ada sejarah di sana.

“Di luar padang, ia (Barcelona) tidak seperti tempat lain di Eropah, jadi, kami sentiasa gembira untuk bermain di sana. Saya sangat rindukan Barcelona,” tambahnya lagi.

Barcelona’s Ronaldinho (r) and Carles Puyol (l) celebrate with the trophy (Photo by Jon Buckle – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Ronaldinho memenangi lima trofi sepanjang kerier di sana, sementara Manchester United pula akhirnya melahirkan bintang baharu selepas Beckham, Cristiano Ronaldo.

Selepas menghabiskan lima musim di Barcelona, diikuti tiga tahun di AC Milan, tiba giliran satu lagi kelab Inggeris mencuba nasib untuk memancingnya ke EPL, iaitu Blackburn Rovers.

Pada 2011, selepas mengambil alih Blackburn, pemilik baharunya, Venkys telah cuba untuk membawa bintang Brazil itu ke EPL, namun Ronaldinho memilih untuk kembali ke Brazil.

“Mengenai Blackburn, kami telah berbincang bersama mereka, namun saya mahu pulang ke Brazil,” jelas Ronaldinho.

Leave a Reply