Filem Goal Pengaruhi Callum Wilson Ke Newcastle United

Callum Wilson
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pemain yang baharu sahaja direkrut Newcastle United, Callum Wilson mengakui impak filem Goal merupakan antara faktor mempengaruhi keputusannya untuk menyertai kelab tersebut.

Goal merupakan sebuah filem arahan Danny Cannon yang mengisahkan tentang kepayahan seorang anak muda, Santiago Munez lakonan Kuno Becker dalam usaha untuk menjadi pemain bola sepak profesional di England.

Wilson menganggap filem berlatarbelakangkan Newcastle United itu merupakan filem terbaik berkenaan bola sepak yang pernah dihasilkan dan turut menjadi kegemaran buat anak lelakinya.

”Anak saya mencapai usia yang dia seringkali menonton filem dan bola sepak. Dia menonton ‘Goal’, jadi saya juga turut sama duduk dan menonton bersamanya.”

”Semuanya berkaitan dengan Newcastle. Saya melihat anak lelaki saya begitu bersemangat [menonton filem tersebut] dan saya berfikir, ‘Ya, itu untuk saya,” ujar Wilson bercakap kepada laman sesawang rasmi Newcastle United.

Beberapa orang pemain yang menyertai Newcastle United sebelum ini juga turut mengakui bahawa filem Goal memainkan peranan penting dalam membawa mereka ke St James’ Park Stadium.

Antara pemain tersebut ialah Isaac Hayden, Kenedy, Papiss Cisse, Jonas Gutierrez, dan Islam Slimani.

Penjaring 41 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris itu telah memeterai kontrak selama empat tahun untuk meninggalkan Bournemouth dengan yuran perpindahan bernilai £20 juta.

Ia menyaksikan jodoh Wilson bersama Bournemouth selama enam musim menemui penghujung dan sudah pasti tersingkirnya ke EFL Championship selepas menamatkan saingan EPL musim lalu di tempat ke-18 merupakan sebab utama beliau memilih haluan baharu.

Selain Callum Wilson, rakan sepasukannya di Bournemouth, Ryan Fraser juga memilih untuk berhijrah ke Newcastle United.

Kredit featured image: Serena Taylor/Newcastle United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Newcastle United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN