Lebih dari 5,000 penyokong bertiket dilaporkan tidak hadir menyaksikan kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Mesir di Yekaterinburg.
FIFA mengesahkan mereka sedang menyiasat ke manakah hilangnya 5000 penonton bertiket tersebut.
Kawasan tempat duduk berwarna oren di stadium berkenaan jelas boleh dilihat mempunyai banyak tempat kosong.
Secara keseluruhan stadium tersebut boleh memuatkan 33,061 penonton untuk aksi di Piala Dunia.
FIFA telah memperuntukkan 32,278 tiket perlawanan khusus untuk perlawanan Uruguay dan Mesir ini dan pada jam 5 petang waktu tempatan, hanya 27,015 penonton direkodkan hadir oleh pegawai bertugas.
Seorang jurucakap FIFA mengesahkan:
“Kami boleh mengesagkan bahawa jumlah kehadiran rasmi penonton untuk perlawanan di antara Mesir dan Uruguay ialah 27,015. Stadium Piala Dunia FIFA ini berkapasiti 33,061.
“Jumlah kehadiran yang lebih rendah berbanding tiket perlawanan yang diperuntukkan boleh terjadi atas beberapa faktor, termasuk tidak hadir ke perlawanan walaupun sudah memiliki tiket.”
“Untuk itu, FIFA akan melakukan siasatan.”
Yekaterinburg adalah lokasi paling timur di kalangan 11 bandaraya yang menganjurkan kejohanan ini, dan terletak 880 batu dari Moscow.
Secara tradisi Yekaterinburg adalah sempadan di antara Asia dan juga Eropah.
“Jelas ada banyak tempat kosong di dalam stadium, dan ini tidak bagus ujar Menter Sukan Rusia, Leonid Rapoport kepada pemberita..
Ketika Piala Dunia dianjurkan di Brazil, tidak ada perlawanan yang merekodkan jumlah kehadiran kurang daripada 37,000 penonton pada satu-satu masa.
Manakala di Afrika Selatan pada 2010, kehadiran terendah yang direkodkan ialah 23,871 membabitkan perlawanan di antara New Zealan dan Slovakia.
Ia terus menjadi rekod sebagai perlawanan dengan kehadiran terendah di dalam Piala Dunia sepanjang abad ini.