FIFA Siasat Isu Perkauman Ketika Perlawanan Perancis Menentang Russia

Isu perkauman masih melanda pentas bola sepak antarabangsa tatkala kejohanan Piala Dunia bakal membuka tirainya dalam masa 2 bulan lagi.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan menyiasat dakwaan membabitkan isu perkauman yang dibuat peminat Russia terhadap pemain Perancis ketika aksi persahabatan kedua-dua negara itu.

Jurugambar agensi berita, Reuters yang berada di atas padang ketika Perancis mencatat kemenangan 3-1 di St Petersburg mendakwa mendengar laungan seperti suara monyet dihalakan kepada pemain-pemain Perancis sebanyak beberapa kali.

https://twitter.com/DevilsOfUnited/status/978678283058536450

Antara yang didakwa menjadi mangsa ialah pemain Chelsea, N’Golo Kante ketika dia sedang mengambil bola di tepi padang.

“FIFA sedang mengumpul beberapa laporan perlawanan dan bukti berpotensi berhubung dengan kejadian diskriminasi perkauman yang dilaporkan media, termasuk daripada FARE (Bolasepak Tolak Perkauman di Eropah) yang datang menyaksikan perlawanan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Insiden itu meningkatkan kebimbangan terhadap usaha melawan diskriminasi perkauman dalam bola sepak kurang tiga bulan sebelum Piala Dunia di Russia membuka tirainya.

Menteri Sukan Perancis, Laura Flessel-Colovic menulis dalam bahasa Perancis di laman twitternya:

“Isu perkauman tidak mempunyai tempat di atas padang bola sepak. Kita perlu berganding bahu di peringkat Eropah dan antarabangsa untuk menghalang tingkah laku yang langsung tidak boleh diterima ini.”

Russia berjanji untuk memerangi isu perkauman ketika negara berkenaan meningkatkan pengawasannya terhadap isu berkenaan menjelang Piala Dunia yang dijadual bermula pada 14 Jun hingga 15 Julai ini di 11 buah bandaraya termasuk Moscow, St Petersburg dan Sochi.

Diskriminasi perkauman adalah perkara yang biasa berlaku di Liga Perdana Russia termasuk daripada peminat beberapa kelab ternama antaranya Zenit St Petersburg.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) membuka prosiding terhadap kelab berkenaan pada minggu lalu berikutan laungan membabitkan perkauman yang dilaungkan peminat mereka ketika aksi Liga Europa melawan RB Leipzig.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN