Impian rakyat Malaysia untuk melihat Liridon Krasniqi sebagai pemain naturalisasi kedua beraksi untuk skuad Harimau Malaysia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan lampu hijau.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam kenyataannya kepada Berita Harian memaklumkan pihaknya telah menerima surat kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia tersebut baru-baru ini.
Perkembangan baru ini tentunya satu berita gembira buat peminat bola sepak negara dan turut menjadi satu lonjakan motivasi buat ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang boleh memanggil pemain kelahiran Kosovo ini bila-bila masa bermula sekarang.
Debut Harimau Malaya Liridon Mungkin Tertangguh Kerana COVID-19 https://t.co/I15I4mNZG1 pic.twitter.com/1DZUkuTtYe
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 6, 2020
“Memang kalau diikutkan perlawanan dengan UAE [Emiriah Arab Bersatu] dia [Liridon] sudah boleh main, tapi FIFA tak boleh keluarkan surat selagi dia tidak memenuhi syarat lima tahun [beraksi di Malaysia].
“Dia cukup syarat lima tahun pada 25 Mac lalu dan perlawanan kita berdepan UAE sepatutnya pada 26 Mac lalu. Selepas penangguhan aksi kelayakan Piala Dunia, mereka [FIFA] keluarkan surat,” kata Stuart.
Bagaimanapun status seorang lagi bakal pemain naturalisasi, Guilherme De Paula masih tiada perkembangan lanjut daripada FIFA.
Sebelum ini timbul persoalan mengenai status kelulusan Liridon untuk beraksi berdepan UAE dalam perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mac lalu kerana tarikh bagi Liridon untuk melengkapkan lima tahun bermastautin di Malaysia hanya sehari sebelum hari perlawanan.
Liridon Krasniqi Tidak Mahu Fikir Atau Komen 'Lebih' Tentang Kedah https://t.co/C3nkQ09eC8 pic.twitter.com/AjlTuZ2Upc
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 25, 2020
Namun demikian, selepas perlawanan tersebut dutangguhkan ekoran pandemik COVID-19, Liridon kini tidak perlu lagi risau mengenainya dan bersedia untuk memberikan aksi terbaiknya dalam penampilan pertama untuk skuad kebangsaan.
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut sebelum ini menerima kad pengenalan Malaysia (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya pada 3 Februari lalu.