Cheng Hoe Tak Jamin Tempat Liridon Dalam Skuad Kebangsaan

Liridon Krasniqi

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengatakan tempat pemain naturalisasi baharu Malaysia iaitu Liridon Krasniqi adalah tidak terjamin dalam kesebelasan utama.

Bercakap kepada radio Kool FM dalam segmen Specktator Sukan, Cheng Hoe berkata barisan kejurulatihan Harimau Malaya akan memerhatikan terlebih dahulu prestasi Liridon sebelum membuatkan keputusan untuk meletakkan pemain itu di kesebelasan utama.

“Ianya merupakan satu perkembangan baik [kemasukan Liridon ke skuad Malaysia] untuk skuad kebangsaan tetapi untuk diserapkan ke kesebelasan utama itu belum lagi terjamin.”

“Hal ini kerana kita masih perlu perhatikan prestasinya terlebih dahulu kerana beliau sudah laman tidak lama bermain, lebih kurang satu tahun. Pasti sukar untuk dapatkan prestasi yang baik.”

Reputasi Liridon yang dipandang sebagai ‘budak nakal’ itu turut tidak menggusarkan Cheng Hoe, malah beliau yakin pemain itu sudah cukup matang untuk memikirkan mana yang baik dan buruk.

“Beliau mempunyai bakat yang besar dan cukup komited dalam setiap perlawanan.”

“Mungkin ada ramai yang mempertikai sikap beliau tetapi saya itu bukan masalah, beliau sudah cukup besar dan cukup baik untuk hadapi segala isu.”

Leave a Reply