FIFA Terima Rayuan AFA, Messi Boleh Mulai Beraksi Untuk Argentina

Lionel Messi kini boleh beraksi untuk pasukan Argentina dalam baki perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas penggantungan 4 perlawanan beliau ditarik balik.

Lionel Messi bagaimanapun sudah menjalani penggantungan 1 perlawanan menentang Bolivia dan penggantungan itu adalah sah dan sudah memadai.

Lionel Messi sebelum ini dijatuhkan hukuman digantung 4 perlawanan selepas dituduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada pembantu pengadil dalam perlawanan menentang Chile, Mac lalu.

Ramai mempertikaikan keputusan itu kerana ia agak keterlaluan. AFA kemudian menghantar rayuan ke jawatankuasa Rayuan FIFA. Jawatankuasa tersebut berpuas hati dengan hujah daripada pihak AFA.

Ini selepas mereka merasakan kurangnya bukti kukuh untuk mendakwa Lionel Messi mengeluarkan ayat yang terlalu kesat yang membolehkan beliau dihukum seberat itu.

Selain daripada penarikan daripada digantung 4 perlawanan, FIFA turut menarik balik denda £7,800 yang dikenakan ke atas Lionel Messi.

Jawatankuasa Rayuan FIFA turut tidak mahu ada pihak menganggap keputusan penarikan hukuman ini menunjukkan jawatankuasa ini menyokong sikap tidak menghormati pegawai perlawanan.

Kenyataan dari FIFA menyebut:

“Jawatankuasa rayuan FIFA walaubagaimanapun menyeru agar semua pemain menyedari betapa pentingnya menghormati pegawai dan pengadil yang bertugas di dalam perlawanan.”

“Ia telah menjadi prinsipal dan keperluan di dalam bola sepak. Setiap kelakukan yang tidak menghormati pegawai perlawanan telah melanggar prinsip Fair Play.”

Keputusan ini pastinya melegakan Argentina. Mereka kini bergelut untuk memenangi slot automatik ke Piala Dunia. Mereka kini di tangga ke-5 iaitu slot play-off ke Piala Dunia.

4 perlawanan terakhir Argentina adalah:

31 Ogos – Uruguay (A)

5 September – Venezuela (H)

5 Oktober – Peru (H)

10 Oktober – Ecuador (A)

Baca juga: Lionel Messi Biayai Pembinaan 20 Bilik Darjah Untuk Kanak-Kanak Syria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN