Lionel Messi Biayai Pembinaan 20 Bilik Darjah Untuk Kanak-Kanak Syria

Bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi menerusi Yayasan Leo Messi telah membiayai pembinaan 20 bilik darjah untuk kegunaan persekolahan kanak-kanak yang tersepit dalam krisis peperangan di Syria.

Lionel Messi menghulurkan bantuan kewangan ini menerusi UNICEF, badan pertubuhan antarabangsa PBB yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal kanak-kanak di seluruh dunia.

Bagi Lionel Messi, beliau mahukan semua kanak-kanak ini terus mendapat peluang untuk belajar dan menikmati alam pendidikan seperti kanak-kanak yang lain di dunia. Kerana itu adalah hak mereka,

Sumbangan Messi ini dijangka akan membantu kira-kira 1,600 kanak-kanak di Syria. Mereka akan belajar dalam suasana yang kondusif.

Setiap bilik darjah akan dilengkapi dengan panel tenaga solar dan bermacam lagi kelengkapan lain yang boleh membantu sekolah ini meneruskan operasi dengan lancar.

Ini untuk memastikan kanak-kanak ini dapat belajar dalam suasana yang sebaik yang mungkin meskipun dalam keadaan konflik di negara tersebut yang sudah berlarutan kira-kira 6 tahun.

Menurut laporan UNICEF, 60% pelajar di sekolah yang dibiayai Messi ini telah hilang tempat tinggal ataupun rumah mereka dirobohkan gara-gara perbalahan di Syria.

Lionel Messi sebelum ini menyatakan beliau ‘terguris hati’ apabila melihat keadaan kanak-kanak di Syria.

Satu sikap terpuji daripada bintang bola sepak antara yang terbaik dalam sejarah sukan ini. Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada anda Lionel Messi, di atas usaha murni ini.

Baca juga: FAS (Selangor) Tidak Berkompromi Jika Forkey Doe Benar Bersalah Dalam Isu BMW Klon

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN