FIFA Puji Keharmonian Penyokong Malaysia Walau Tewas Di Tangan Thailand

Sepanjang saingan Piala AFF 2022 berlangsung, banyak perkara menarik yang kita dapat lihat sama ada membabitkan aksi di atas padang, atau gelagat penyokong di stadium.

Salah satu perkara yang menarik ingin diperkatakan ialah sekelompok besar penyokong Harimau Malaya yang dilihat telah pun berkorban untuk hadir ke Thailand bagi memberi sokongan buat pemain negara.

Pengorbanan yang mereka lakukan ini jelas sangat berbaloi selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), telah pun tertarik akan satu video yang mempamerkan semangat kesukanan daripada penyokong skuad kebangsaan.

Menerusi Twitter rasmi FIFA, mereka telah pun memuji penyokong Harimau Malaya dengan menyifatkan ianya sebagai salah satu keindahan dalam dunia bola sepak.

“Perlawanan yang sangat indah, penyokong Malaysia menunjukkan tanda hormat mereka kepda pemain Thailand selepas tewas kepada mereka dalam saingan Piala AFF,” jelas kenyataan tersebut.

Seperti diketahui ramai, penyokong skuad kebangsaan atau khususnya kepada Ultras Malaya menjadi antara tunjang utama kekuatan pasukan negara sejak saingan Piala AFF 2022 ini berlangsung.

Sorakan padu mereka pada hari perlawanan sememangnya menjadikan suasana sekeliling bertambah meriah dan memberi motivasi yang sangat baik buat para pemain.

Tanpa penyokong, bola sepak tidak lengkap dan pastinya ia akan menjadi sangat hambar di sekitar stadium yang luas selain tiada aura perlawanan menarik untuk diperkatakan.

Walaupun ketika aksi lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNB) ada beberapa insiden yang kurang enak untuk diperkatakan dari segi moral, kini penyokong negara kembali membuktikan mereka kekal sebagai antara terbaik.

Malah, pujian daripada FIFA itu membuktikan mereka juga turut tertarik untuk mengetahui perkembangan semasa saingan Pial AFF walaupun tiada dalam tarikh kalendar rasmi.

Selain mendapat pujian FIFA, suasana harmoni ditampilkan oleh penyokong negara telah pun menjadi imej yang sangat baik buat bola sepak negara dengan tiada insiden keganasan berlaku.

Malah, ianya menunjukkan para penyokong Harimau Malaya sedia menjadi ‘kawan’ kepada mana-mana negara untuk memberi contoh bola sepak itu bertujuan bagi menyatu padukan semua.

Para penyokong Harimau Malaya berpeluang bagi terus mengharumkan nama negara di mata dunia untuk aksi seterusnya nanti membabitkan pasukan kebangsaan di pentas Piala Asia yang akan berlangsung di Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN