FIFA Nafi Hak Liverpool Beraksi Di Piala Dunia Kelab 2019?

Pasti penyokong Liverpool begembira dengan kejayaan pasukan mereka menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) edisi 2019. Namun begitu, ada satu persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Apakah status pertandingan Piala Kelab Dunia? Kali terakhir Liverpool beraksi di Piala Kelab Dunia ialah pada 2005 – menyaksikan skuad kendalian Rafael Benitez tewas kepada wakil CONMEBOL, Sao Paulo di perlawanan akhir.

FIFA ubah format

Pada tahun ini FIFA telah menetapkan untuk merombak format kejohanan berprestij tersebut. Keputusan itu dibuat pada Mac lalu selepas menerima undian majoriti daripada Majlis FIFA.

Perubahan ketara pertandingan Piala Kelab Dunia ialah bilangan pasukan bertanding akan digandakan kepada 24 pasukan pada masa depan. Ini bermakna, setiap konfederasi akan menghantar wakil bagi kejohanan ini.

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – DECEMBER 22: Real Madrid players celebrate with the trophy after the end of the FIFA Club World Cup Final soccer match between Spain’s Real Madrid and UAE’s Al Ain FC at Zayed Sports City Stadium. (Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

24 pasukan tersebut akan diasingkan kepada 8 kumpulan dengan 3 pasukan akan berada di setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan akan beraksi dalam perlawanan suku akhir.

Ini bermakna, setiap pasukan akan bermain sekurang-kurangnya 2 perlawanan. Dan bagi pasukan yang mara sehingga ke perlawanan akhir kejohanan akan beraksi maksimum 5 perlawanan.

Tuan rumah

Selain itu, FIFA juga telah menetapkan kejohanan Piala Kelab Dunia yang seterusnya akan diadakan pada 17 Jun hingga 4 Julai 2021. Namun begitu, FIFA masih tidak mengumumkan negara manakah akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kejohanan ini.

Terdapat laporan mengatakan Eropah telah diberikan 8 slot untuk kejohanan ini. Manakala 6 slot menjadi milik blok Amerika Selatan, CONMEBOL.

YOKOHAMA, JAPAN – DECEMBER 21: Manchester United players celebrate their victory as Rio Ferdinand of Manchester United holds up a trophy at a ceremony after the FIFA Club World Cup Japan 2008 final match between Manchester United and Liga de Quito at the International Stadium Yokohama on December 21, 2008 in Yokohama, Kanagawa, Japan. (Photo by Kiyoshi Ota/Getty Images)

Wakil Asia akan diberikan 3 tempat dalam Piala Kelab Dunia sebagaimana seperti Afrika dan CONCACAF. Manakala 1 akan menjadi milik Oceania.

Tetapi agihan slot ini sebenarnya masih belum disahkan lagi. Dilaporkan juga FIFA akan memberi kebebasan kepada keenam-enam konfederasi di bawahnya untuk menguruskan sendiri kelayakan Piala Kelab Dunia.

Bantahan

European Club Association (ECA) telah menyuarakan bantahan terhadap perlaksanaan format ini. Antara alasan mereka ialah kepadatan jadual.

ECA juga pernah mencadangkan agar FIFA melaksanakan perubahan tersebut di Piala Kelab Dunia edisi 2024 dan bukannya 2021. ECA sendiri memberitahu bahawa kelab-kelab yang berada di bawah naungannya tidak akan menyertai Piala Kelab Dunia edisi 2021.

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Virgil van Dijk of Liverpool lifts the Champions League Trophy after winning the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at the Wanda Metropolitano in Madrid, Spain on June 01, 2019.
(Photo by Burak Akbulut/Anadolu Agency/Getty Images)

Tetapi ECA akan pertimbangkan untuk membenarkan ahli mereka menyertainya pada 2024. Liverpool sendiri salah satu ahli kepada persatuan tersebut.

Difahamkan, anggota FIFA Council dari kelompok UEFA sendiri telah membuat undian menentang perlaksanaan tersebut pada Mac lalu.

Sehingga kini status Piala Kelab Dunia 2019 dan seterusnya masih belum terjawab disebabkan isu perubahan ini.

Manchester United kekal sebagai satu-satunya kelab Inggeris yang pernah menjuarai kejohanan ini pada masa lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN