FIFA Bakal Rombak Piala Dunia Wanita Menjadi 32 Pasukan

Semalam FIFA mengumumkan rombakan kejohanan Piala Dunia Wanita. FIFA menambah bilangan pasukan yang bertanding menjadi 32.

Perubahan ini dijadualkan akan dilaksanakan mulai edisi 2023. Sebelum ini, Piala Dunia Wanita hanya menampilkan 24 pasukan.

Kuota dikembangkan?

Memetik laporan DW, Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan mahu merombak kejohanan Piala Dunia Wanita sebelum edisi seterusnya pada 2023.

Infantino menyatakan kejohanan yang sama berakhir pada sebelum ini sebagai yang terbaik. FIFA telah berjaya meningkatkan bilangan pasukan yang bertarung dalam pusingan akhir Piala Dunia.

Masih menjadi pertanyaan adakah akan ada perubahan kuota mengikut konfederasi untuk Piala Dunia Wanita 2023. Ada kemungkinan kuota yang mirip Piala Dunia semasa era 32 pasukan akan digunakan.

Siapa hos?

USA’s Megan Rapinoe shakes hands with FIFA President Gianni Infantino (centre) and Preseident of France Emmanuel Macron after the game. USA v Netherlands – FIFA Women’s World Cup 2019 – Final – Stade de Lyon 07-07-2019 . (Photo by John Walton/EMPICS/PA Images via Getty Images)

FIFA akan mengumumkan negara manakah terpilih menjadi tuan rumah kejohanan ini pada Mei tahun hadapan. Badan induk bola sepak itu juga meminta FA negara yang berminat untuk membida kejohanan itu agar mengemaskini dokumen berkaitan.

Disebabkan perubahan slot itu jugalah, FIFA turut merombak garis masa untuk serahan dokumen bidaan itu.

9 negara dikatakan akan bertarung merebut hak penganjuran itu. Antaranya Brazil, Australia, Argentina dan Afrika Selatan. Selain itu, Jepun, Colombia, New Zealand dan Bolivia turut menunjukkan minat.

Menariknya, Korea Selatan dilaporkan akan bersama jiran di utara yakni Korea Utara untuk membentuk jawatankuasa bidaan untuk menjadi hos.

Penutup

Format 32 pasukan merupakan siri keempat setelah penggunaan sistem 12, 16 dan 24 pasukan untuk Piala Dunia Wanita. Cuma format 24 pasukan hanya sempat diguna semasa edisi 2015 dan 2019.

Amerika Syarikat menggondol kejuaraan keempat semasa final Piala Dunia Wanita 2019 lalu. Mereka menewaskan Belanda dengan 2 gol tanpa balas.

Dan Amerika Syarikat jugalah juara terbanyak bagi kejohanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN