FIFA 19: Pasukan Terkuat & Terlemah Dalam Permainan Ini

Anda mungkin telah memiliki permainan FIFA 19; baik di PC, PlayStation, Switch atau di pelantar Xbox. Anda juga mungkin telah bermain beberapa perlawanan (jika tidak beratus-ratus perlawanan) menentang CPU, ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Tapi, sudahkah anda menjumpai pasukan pilihan FIFA 19 anda?

Harus diingat bahawa pasukan pilihan dalam FIFA 19 tidak sama dengan FIFA 18 dari segi kualiti pemain dan aspek taktikal – dan ia juga sering kali berbeza dengan pasukan yang anda sokong dalam kehidupan sebenar.

Sebagai contoh, penulis gemar menggunakan pasukan Bournemouth bagi FIFA 18 kerana pasukan tersebut mempunyai 3 pemain yang pantas di bahagian hadapan, namun dalam FIFA 19, kelajuan 3 pemain hadapan tersebut telah dikurangkan.

Jadi, bagaimanakah cara untuk anda memilih pasukan yang paling sesuai dengan gaya permainan FIFA 19 anda? Kami di SemuanyaBOLA akan menyenaraikan pasukan-pasukan terbaik dan FIFA 19 dan bakal membuatkan pilihan anda lebih mudah.

Nikmatilah!

Pasukan Terbaik FIFA 19: Real Madrid

Serangan 84 – Tengah 89 – Pertahanan 86

Pemain Terbaik: Luka Modric (OVR 91), Sergio Ramos (OVR 91), Thibaut Courtois (OVR 90)

Juara bertahan 3 kali UCL, Real Madrid merupakan pasukan paling seimbang dan tinggi purata matanya, disamping sarat dengan pemain-pemain bintang.

Biarpun pemain terbaik dalam FIFA 19, Cristiano Ronaldo telah berpindah ke Juventus musim ini, Real tetap mengancam dibahagian hadapan dengan Karim Benzema (OVR 84) sebagai pemain nombor 9 sejati dan diapit oleh Gareth Bale (OVR 88) dan Isco (OVR 89) di kanan dan kiri.

Dibahagian tengah pula dikawal oleh Luka Modric (OVR 91) bersama pemain antabangsa Jerman, Toni Kroos (OVR 90).

Sergio Ramos (OVR 91) pula menjaga bahagian belakang serta dibantu oleh Rafael Varane (OVR 86) dan bek sisi lincah Marcelo (OVR 88), serta mereka baharu saja menambah penjaga gawang terbaik dunia, Thibout Courtois (OVR 90) sebagai banteng pertahanan mereka – menjadikan mereka pasukan terbaik dalam FIFA 19.

Pasukan Dengan Serangan Terbaik FIFA 19: Juventus

Serangan 89 – Tengah 85 – Pertahanan 85

Pemain Terbaik: Cristiano Ronaldo (OVR 94), Paulo Dybala (OVR 89), Giorgio Chiellini (OVR 89)

Apa yang membuatkan pasukan ini mempunyai mata serangan paling tinggi? Cristiano Ronaldo (OVR 94).

Diletakkan sebagai pemain terbaik dalam FIFA 19, Cristiano pada asalnya diletakkan dalam sayap kiri dengan Mario Mandzukic (OVR 84) sebagai target man di bahagian tengah serangan.

Jika anda mahu menggunakan Cristiano sebagai penyerang utama dan mahukan serangan pantas, anda boleh mengeluarkan Mandzukic dan mengapit Cristiano dengan Paulo Dybala (OVR 89) dan Douglas Costa (OVR 86) di bahagian hadapan.

Selain itu, Juan Cuadrado juga boleh dijadikan pilihan jika anda mahu menggunakan lebih banyak serangan ‘counter attack’ yang pantas.

Jika anda gilakan permainan menyerang dan tidak gemar bertahan, maka Juventus adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Pasukan Dengan Pertahanan Terbaik FIFA19: Bayern Munich

Serangan 90 – Tengah 85 – Pertahanan 85

Pemain Terbaik: Robert Lewandowski (OVR 90), Manuel Neuer (OVR 90), Mats Hummels (OVR 89)

Memiliki pertahanan terbaik dalam FIFA 19, Bayern Munich bagaimanapun bukanlah pasukan yang lebih gemar bertahan.

Di bahagian belakangnya, terdapat back four yang benar-benar utuh; Joshua Kimmich (OVR 85), Jerome Boateng (OVR 86), Mats Hummels (OVR 89) dan David Alaba (OVR 85)- serta penjaga gawang legenda Jerman, Manuel Neuer (OVR 90) pula menjadi banteng terakhir mereka.

Dengan memiliki dua pemain sayap ikonik Eropah, Franck Ribery (OVR 85) dan Arjen Robben (OVR 85) di bahagian hadapan, Robert Lewandowski (OVR 90) bakal menjadi target man utama pasukan gergasi Jerman ini dalam usaha memburu gol – tanpa risau akan keutuhan bahagian pertahanan.

Pasukan Paling Laju FIFA 19: Liverpool

Serangan 85 – Tengah 82 – Pertahanan 81

Pemain Terbaik: Mohamed Salah (OVR 88), Roberto Firmino (OVR 86), Sadio Mane (OVR 86)

Jurgen Klopp dan Liverpool telah berbelanja besar pada awal musim untuk menjadikan The Reds sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris dan UCL pada tahun ini – terutamanya dengan kehadiran trio serangan pantas di bahagian hadapan; Mohamed Salah (OVR 88), Roberto Firminho (OVR 86) dan Sadio Mane (OVR 86)- yang mempunyai kelajuan yang mampu menembusi banteng pertahanan pasukan lawan dengan mudah.

Selain bahagian hadapan, bahagian tengah mereka juga penuh dengan kelajuan dengan kehadiran Andred Robertson (kelajuan larian 86) dan Alex Oxlande Chamberlain (kelajuan larian 85) yang bermaksud mereka mampu memulakan serangan pantas dari bahagian tengah.

Maka, jika lawan anda memilih pasukan Liverpool untuk menentang anda, pastikan anda berhati-hati dengan corak serangan counter attack dan berwaspada dengan larian dari bahagian sayap pasukan lawan anda.

Pasukan Paling Kreatif FIFA 19: Manchester City

Serangan 85 – Tengah 87 – Pertahanan 83

Pemain Terbaik: Kevin De Bruyne (OVR 91), Sergio Aguero (OVR 89), David Silva (OVR 89)

Manchester City yang memecahkan rekod Liga Perdana musim lalu dengan menjuarai liga dengan lebih 100 mata kini Nampak bersedia untuk menjuarai liga sekali lagi musim ini dengan mengekalkan skuad sedia ada.

Jeneral di tengah padang, pemain paling kreatif bagi FIFA 19, Kevin de Bruyne (OVR 91) mengepalai serangan City dengan mampu membuat hantaran jauh dan through pass berkesan ke trio bahagian serangan yang tajam dan pantas; Raheem Sterling (OVR 85), Leroy Sane (OVR 86) dan Sergio Aguero (OVR 89).

Selain itu, City juga mampu mengorak serangan dengan menggunakan dua wing back pantas, Kyle Walker (OVR 84) dan Benjamin Mendy (OVR 81) dari bahagian bawah.

Gabriel Jesus (OVR 83) juga boleh menjadi pengganti yang efektif kepada bahagian serangan jika salah seorang dari trio tersebut keletihan atau mengalami kecederaan.

Pasukan Paling Overrated FIFA 19: Manchester United

Serangan 84 – Tengah 84 – Pertahanan 80

Pemain Terbaik: David De Gea (OVR 91), Paul Pogba (OVR 88), Romelu Lukaku (OVR 87)

Benar, United telah mucul sebagai naib juara liga musim lalu, tapi perbezaan mata antara United dan City yang menjadi juara musim lalu adalah amat besar.

Malah, jika prestasi musim ini diambil kira, persembahan United bolehlah dikira sebagai dibawah kebolehan sebenar mereka – namun ia tidak dicerminkan oleh pasukan ini dalam permainan FIFA 19.

Dalam  FIFA 19, ratings yang diberikan kepada David de Gea (OVR 91) bolehlah dikatakan agak tepat kerana beliau banyak menyelamatkan mata untuk United pada musim lalu.

Ratings Paul Pogba (OVR 88) juga bolehlah diterima atas persembahan cemerlang dalam kancah Piala Dunia yang baru sahaja berlalu.

Namun, bagaimana pula dengan ratings Alexis Sanchez (OVR 87) dan Romelu Lukaku (OVR 87) yang sehingga kini masih bergelut dengan prestasi dalam dunia sebenar?

Malah, kedua-dua pemain pertahanan tengah United, Lindeloft (OVR 79) dan Chris Smalling (OVR 81) juga naik turun seperti yo-yo membuatkan perletakan ratings ini dilihat sebagai terlampau tinggi atau dalam bahasa mudahnya, overrated.

Pasukan Paling Lemah FIFA 19: Bray Wanderers

Serangan 53 – Tengah 55 – Pertahanan 55

Pemain Terbaik: Jake Kelly (OVR 58), Hugh Douglas (OVR 57) Kevin Lynch (OVR 57)

Dengan tiada pemain yang mempunyai mata lebih tinggi dari 58, pasukan Bray Wanderers adalah pasukan paling lemah dalam siri FIFA 19.

Pemain terbaik mereka, Jake Kelly (OVR 58) adalah peluang terbaik anda untuk mencari gol bagi pasukan ini. Jake dikira mempuyai statistik yang baik bagi pasukan ini apabila mempunyai 73 mata bagi keseimbangan, 73 mata bagi sprint speed dan 71 mata bagi acceleration.

Tiga lagi pemain yang mempunyai mata tertinggi adalah Hugh Douglas (OVR 57), Kevin Lynch (OVR 57) dan kepten pasukan Kenna (OVR 57) – membuatkan anda perlu betul-betul bersabar apabila menggunakan pasukan ini.

Tapi, jika anda nak tunjukkan betapa bagusnya anda dalam permainan ini kepada rakan-rakan anda, jangan lupa untuk buktikannya dengan menggunakan pasukan ini untuk menewaskan pasukan mereka!

Nak Berlatih FIFA 19 Di Mana?

Anda masih belum mencuba permainan FIFA 19 atau tidak mempunyai lokasi sesuai untuk berlatih?

Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, terutamanya di sekitar Bandar Tun Razak, anda boleh mengunjungi Kampung Konggo Barbershop & Gaming Studio untuk mencuba permainan ini atau permainan PlayStation 4 yang lain.

Seperti namanya, Kampung Konggo Barbershop & Gaming Studio menawarkan dua servis utama iaitu kedai gunting rambut dan menjual produk-produk penjagaan rambut, serta gaming studio untuk mereka yang ingin melepaskan gian bermain PlayStation 4 serta menjual game dan aksesori yang berkaitan.

Satu perkara yang kami suka mengenai Kampung Konggo Barbershop & Gaming studio ini adalah mereka diuruskan oleh orang-orang yang benar-benar passionate dalam dunia barbershop dan juga gaming.

Tak percaya kata-kata kami? Apa kata anda kunjungi kedai mereka hari ini. Jika rambut anda masih pendek tetapi curios tentang dakwaan kami, anda masih boleh berkunjung ke sini untuk mencuba permainan PlayStation 4 terbaru dalam suasana yang kondusif dan selesa.

Berapa rate untuk sewa PlayStation 4 di sini? Kami pun terkejut sebab harganya sangat berpatutan. Anda tengoklah sendiri. Nak layan FIFA 19 dengan member anda pun tak terasa sangat.

Untuk mereka yang mencari di mana letaknya Kampung Konggo Barbershop & Gaming studio, anda boleh terus Waze “Kampung Konggo Barbershop & Gaming” untuk terus sampai ke sini.

Kedai ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Jangan lupa untuk follow dan jenguk-jenguk IG mereka sekali di @kampungkonggo!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN