Kebangkitan Dramatik Perak Ranapkan ‘Impian Saat Akhir’ Terengganu FC Untuk Julang Trofi Piala Malaysia 2018

Perak

Perak mempamerkan semangat juang di tahap maksimum selepas berjaya bangkit dari dua kali ketinggalan untuk membenam cabaran Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-1 selepas aksi 120 minit terikat dengan 3-3 dalam aksi dramatik yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Terengganu yang tampil garang pada babak pertama membuka tirai jaringan tidak sampai satu minit perlawanan berikutan kesilapan yang dilakukan pertahanan Perak, Mohamad Idris Ahmad.

Idris yang cuba menghantar bola ke belakang, melakukan tolakan lemah yang berjaya dirampas Tchetche Kipre bagi ketua pasukan Terengganu itu melepasi kawalan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy untuk gol pendahuluan.

Tersentak dengan jaringan awal tersebut, skuad bimbingan Mehmet Durakovic berusaha memperkemaskan aksi dengan dua serangan ke kubu Terengganu.

Namun, percubaan dari Shahrul Saad menerusi tandukan dari sepakan penjuru dan rembatan Brendan Gan tidak membuahkan hasil diharapkan.

Selepas itu, Terengganu FC yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan kedua.

Kipre memperoleh peluang terbaik pada minit ke-17 selepas ledakan padu dari luar kawasan penalti dilepaskannya berjaya ditepis keluar Hafizul Hakim.

Hafizul sekali lagi bertindak cemerlang apabila penjaga gol kebangsaan itu menafikan percubaan ketika beliau berhadapan dengan Abdul Malik Mat Ariff berselang dua minit kemudian.

Leandro Dos Santos Oliveira berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 tetapi jaringan tersebut dibatalkan selepas beliau dikesan melakukan kekasaran dalam situasi sepakan penjuru.

Gilmar Jose Da Silva Filho mencemaskan gawang Terengganu dengan tandukan hasil hantaran sepakan percuma dilakukan Nazirul Naim Che Hashim, bagaimanapun tandukan itu sempat ditepis keluar Mohd Suffian Rahman.

Tuah terus memihak Terengganu apabila kesilapan Hafizul yang ‘menyepak angin’ digunakan sepenuhnya Kipre untuk menambah jaringan kedua pada minit ke-42.

Separuh masa kedua

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan, Perak melakukan serangan sebaik sahaja perlawanan kembali bersambung dan Muhammad Firdaus Saiyadi merapatkan kedudukan pada minit ke-46.

Berpunca dari gerakan diilhamkan Brendan Gan yang terus mencari Firdaus di kiri pintu gol Terengganu untuk melepaskan percubaan yang membolosi kawalan Suffian.

Perak terus bernafsu memburu jaringan selepas jaringan tersebut dihasilkan apabila Gilmar memiliki percubaan menerusi tandukan, namun Suffian lebih tangkas menafikan percubaan pada minit ke-49 itu.

Dalam usaha skuad The Bos Gaurus mencari gol penyamaan, mereka dilanda kekecewaan berganda setelah jaringan yang dihasilkan Gilmar pula dibatalkan selepas beliau dikesan ofsaid dan kemudiannya pemain kelahiran Brazil itu dilayangkan kad merah akibat pergeseran yang berlaku.

Ketika keadaan itu dijangka menyulitkan usaha Perak, ia ternyata tidak memberikan masalah apabila Perak terus berusaha memburu jaringan yang diharapkan.

Pada minit ke-66, Terengganu pula kehilangan pemain mereka berikutan Lee Andrew Tuck yang diperintahkan keluar padang akibat menerima kad kuning kedua.

Perlawanan bertambah rancak dengan Perak menguasai permainan serta Terengganu sesekali melakukan serangan balas pantas untuk mematikan sisa perjuangan Perak.

Shahrul Saad terlepas peluang keemasan setelah tandukan yang dilakukan hasil hantaran Firdaus Saiyadi sekadar singgah di palang gol Terengganu.

Tanpa mengenal erti putus asa, Perak terus meningkatkan serangan dengan serangan yang benar-benar memberi kesukaran buat pertahanan Terengganu.

Brendan Gan menggamatkan Stadium Shah Alam pada masa kecederaan dengan ledakan cantik untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Kebangkitan yang cukup hebat buat Perak bagi mengikat Terengganu sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Masa tambahan

Pemain lincah Terengganu, Mohd Faiz Mohd Nasir kembali memberikan keceriaan buat para penyokong mereka selepas rembatan dalam kawasan penalti yang diledakkan tidak mampu diselamatkan Hafizul Hakim bagi gol ketiga pada minit ke-96.

Ketika kudrat para pemain sudah sampai ke penghujung usaha mereka dan para penyokong Terengganu sudah bersiap sedia untuk meraikan kejayaan, Igor Zonjic tertampan bola ke gawang sendiri untuk sekali lagi Perak menyamakan kedudukan di lewat permainan.

Sepakan penalti

Perak yang mempamerkan kebangkitan luar biasa akhirnya dinobatkan selaku juara unifi Piala Malaysia 2018 selepas Hafizul Hakim yang menebus di atas kesilapan dilakukannya untuk muncul wira dengan menepis dua sepakan penalti yang diambil Igor Zonjic dan Chanthacheary Bin.

Leandro Dos Santos pula kemudiannya mengesahkan kejuaraan dengan sepakan penalti yang terus menerjah gawang untuk menghadiahkan kejuaraan ke-8 buat Perak.

Pemain terbaik perlawanan: Brendan Gan (Perak)

Inginkan kediaman sempurna untuk bintang masa depan anda?

Adakah anda sedang mencari rumah yang mempunyai ruang luas untuk anak anda bermain dengan bolanya?

Adakah anda sedang mencari rumah yang berdekatan dengan stadium, kompleks sukan, sekolah dan akademi bola sepak untuk anak anda?

Jika ya, teres dua tingkat di Seremban berkonsepkan moden inilah yang anda cari!

Dengan keluasan 2,988 kps, lengkap dengan 4 bilik dan 4 bilik air, Irama Residensi SIGC memberikan anak-anak anda ruang yang selesa untuk mengasah skil ball mastery mereka.

Terletak strategik dan berdekatan dengan Stadium Paroi (1km), Kompleks Sukan Paroi (1.5km), Padang Bola Lorong Nuri 2 (1km), Sekolah Kebangsaan Paroi (2km), Pusat Tunas NFDP Negeri Sembilan (5km) dan Inspire Budakbola Junior Academy (10km), anak anda tidak akan terlepas daripada aktiviti-aktiviti pembangunan akar umbi bola sepak Negeri Sembilan yang sentiasa aktif!

Irama Residensi SIGC juga terletak berdekatan dengan Plaza Ampangan (3km), KIP Mart Senawang (6km), Giant Senawang (7km), Mydin Senawang (8km), Tesco Seremban Jaya (8km), Senawang Specialist Hospital (6km) dan Hospital Tuanku Jaafar (10km).

Akses ke Lembah Klang juga menjadi mudah dengan kewujudan lebuhraya seperti Plus dan LEKAS.

KLIK pautan di bawah untuk mula memohon kediaman ini sekarang!

⚽️ Irama Residensi SIGC
⚽️ Irama Residensi SIGC
⚽️ Irama Residensi SIGC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN