FIFA 18 – Bundesliga: AmTuah Muncul Juara Kelayakan Zon Asia Tenggara, Bakal Beraksi Di Jerman

Bagi peminat e-sukan, nama AmTuah ataupun Amirul Affandy bukanlah asing. Beliau sebentar tadi berjaya menjuarai pusingan kelayakan zon Asia Tenggara untuk Kejohanan FIFA 18 – Virtuelle Bundesliga menewaskan peserta dari Singapura.

AmTuah berjaya menang 3-2 dalam perlawanan yang beliau sudah dahului 2-0 namun dikejar 2-2.

AmTuah mendahului sekali lagi dan hampir disamakan kedudukan sekali lagi apabila peserta Singapura tersebut mendapat sepakan penalti pada babak akhir perlawanan.

Laman The Patriots antara yang menghebahkan kejuaraan AmTuah. Petikan daripada laman tersebut:

“Sebentar sahaja tadi, atlit e-sports Malaysia, AmTuah (FB: Amirul “AmTuah” Afandi) atau nama sebenar beliau Amirul Afandi telah dinobatkan juara FIFA 18 selepas mengalahkan pemain dari Singapura.”

“Dengan kejuaraan ini, AmTuah akan mewakili Malaysia dan Asia Tenggara ke Kejohanan Dunia Virtuelle Bundesliga FIFA 18 di Jerman tahun ini.”

“Selain dari mewakili Malaysia, AmTuah juga tampil sebagai wakil kelab beliau iaitu Firedragoon.”

AmTuah turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00 dan barangan eksklusif Bundesliga serta pembiayaan perjalanan untuk 2 orang ke Jerman.

Tahniah AmTuah! Kami bangga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN