Bergembiralah peminat bola sepak Jepun! Ini kerana J1 League akan ditampilkan ke dalam FIFA 17 – serba-serbi lengkap!
Dalam pengumuman yang dikeluarkan oleh EA Sports dalam laman web rasmi, mereka telah mengumumkan J1 League dan kejohanan J.League Cup akan ditampilkan dalam FIFA 17 buat pertama kalinya.
Dalam kenyataan tersebut, EA Sports memberitahu JI League adalah antara liga paling popular di Asia, memiliki global fanbase yang besar dan antara liga paling banyak diminta oleh komuniti FIFA gamers.
Kesemua 18 kelab yang terdapat dalam J1 League akan dipersembahkan dengan logo, kits dan rosters yang lengkap.
Setiap kandungan ini juga akan dibawakan ke dalam mod lain – seperti FIFA Ultimate Team (FUT).
Semua 18 kelab-kelab J1 League berikut akan boleh dimainkan dalam FIFA 17 nanti:
- Vegalta Sendai
- Kashima Antlers
- Urawa Reds
- Omiya Ardija
- Kashiwa Reysol
- FC Tokyo
- Kawasaki Frontale
- Yokohama F. Marinos
- Shonan Bellmare
- Ventforet Kofu
- Albirex Niigata
- Júbilo Iwata
- Nagoya Grampus
- Gamba Osaka
- Vissel Kobe
- Sanfrecce Hiroshima
- Avispa Fukuoka
- Sagan Tosu
Bukan itu sahaja. Stadium atau home terbaru Gamba Osaka, Suita City Football Stadium turut bakal diperkenalkan sebagai antara beberapa stadium baru dalam FIFA 17.
Di akhir pengumuman tersebut, EA Sports menyatakan mereka akan mendedahkan lebih banyak info mengenai senarai liga, pasukan dan stadium untuk FIFA 17 menjelang pelancarannya.
FIFA 17 akan dilancarkan pada 29 September 2016 di PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One dan PC.
Nota editor: Artikel ini dikongsikan kepada oleh sahabat kami, saudara Faiz Tobeng dari JomGaming. Sila ikuti JomGaming di Facebook dan Twitter untuk maklumat dan berita terkini mengenai dunia gaming tempatan dan antarabangsa.
Baca juga: FIFA 17 Bakal Guna Enjin Grafik ‘Frostbite’, Mahu Saingi Kehebatan Grafik PES