Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak pada hari ini, sekaligus menamatkan karier penuh gemilang selama 18 tahun.
Torres yang menjaringkan lebih dari 100 gol untuk Atletico Madrid turut pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool dan Chelsea, serta AC Milan di Itali.
Beliau meninggalkan Atletico untuk menyertai kelab Jepun, Sagan Tosu pada Julai tahun lalu, namun sukar untuk beliau mengulangi pencapaian sama seperti yang pernah ditampilkan bersama Atletico atau Liverpool bersama kelab J. League itu.
I have something very important to announce. After 18 exciting years, the time has come to put an end to my football career. Next Sunday, the 23rd at 10:00AM, local time in Japan, I will have a press conference in Tokyo to explain all the details.See you there. pic.twitter.com/WrKnvRTUIu
— Fernando Torres (@Torres) June 21, 2019
Selepas 18 tahun, tiba masanya saya menamatkan karier di dalam bola sepak,” ujar pemain 35 tahun itu di Twitter. Torres turut mengesahkan akan ada satu sidang media di Jepun pada Ahad hadapan untuk memberi penerangan terhadap keputusan tersebut.
Torres tampil kali pertama untuk Sepanyol pada 2003 dan menjaringkan gol kemenangan di perlawanan akhir Euro 2008 menentang Jerman. Dua tahun berikutnya, beliau membantu negaranya muncul juara Piala Dunia di Afrika Selatan.
Beliau adalah penjaring terbanyak di Euro 2012 ketika Sepanyol mempertahankan gelaran eropah, dan menjaringkan 38 gol dari keseluruhan 110 penampilan untuk La Roja.
Jumlah tersebut menjadikan Torres sebagai penjaring ketiga tertinggi untuk Sepanyol, di belakang David Villa (58) dan Raul (44).
Fernando Torres:
? Games: 756
?? Caps: 110
⚽️ Goals: 298??? World Cup: 1
??? EURO’s: 2
??? Champions League: 1
??? Europa League: 2
???????? FA Cup: 1Happy retirement, El Niño! ?? pic.twitter.com/4xCAiJFYVE
— SPORTbible (@sportbible) June 21, 2019
Antara detik terbaik Torres di peringkat kelab ialah ketika bersama Liverpool diantara tahun 2007 sehingga 2011, apabila beliau menjaringkan 81 gol dari 142 perlawanan melangkaui semua pertandingan. Malang sekali beliau tidak memenangi apa-apa kejuaraan bersama kelab Merseyside itu.
Beliau kemudiannya berhijrah ke Chelsea dari Liverpool dengan nilai £50 juta, sebelum membantu kelab London itu muncul juara Piala FA, UEFA Champions League dan juga UEFA Europa League.