Fernando Torres Berminat Kembali Ke EPL Kerana Bekas Jurulatih

Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran daripada kelab EPL selain daripada tawaran dari China dan Amerika Syarikat.

2 pengurus EPL yang mahu mendapatkan khidmat Torres ialah Rafa Benitez (Newcastle) dan Mauricio Pellegrino ( Southampton). Pellegrino pernah menjadi pembantu Benitez ketika menguruskan Liverpool dan berjaya membentuk Fernando Torres menjadi pemain no.9 terbaik dunia.

Fernando Torres masih ada 18 bulan kontrak dengan Atletico. Fernando Torres sebelum ini mempertimbangkan untuk bersara kerana kurang minit perlawanan. Tetapi beliau dikatakan menangguhkan hasrat itu kerana tertarik dengan beberapa tawaran daripada kelab lain.

Torres menjaringkan 65 gol dalam 113 penampilan untuk Liverpool. Namun hanya menjaringkan 20 gol daripada 148 untuk Chelsea.

Atletico terbuka untuk mempertimbangkan sebarang harga bidaan untuk Torres. Ini kerana mereka akan menerima kemasukan Diego Costa pada Januari ini. Atletico mahu menjimatkan kos untuk gaji pemain.

Gaji tahunan Torres adalah £2.2 juta. Jika ada kelab mahu meminjam Torres. Atletico akan membayar bersama gaji Torres. Sumber dari Sepanyol mendedahkan Torres mahu bermain perlawanan terakhir beliau sebagai pemain Atletico.

Fernando Torres mahu terus bermain lebih banyak bola sepak. Jadi tawaran daripada kelab yang menawarkan minit lebih banyak akan menjadi keutamaan beliau. Selain daripada Liverpool dan Chelsea, Torres juga pernah beraksi dengan AC Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN