Fernando Santos: Sekat De Jong Adalah Kunci Kejayaan Kami Di Final UNL

Pengendali Portugal Fernando Santos memberitahu kunci utama mereka menewaskan Belanda adalah dengan meneutralkan Frenkie De Jong. Sepanjang perlawanan De Jong akan dikenakan tekanan segera oleh para pemain Portugal.

Portugal menang 1-0 ke atas Belanda untuk menjulang Trofi Liga Negara Eropah yang pertama. Jaringan kemenangan Portugal adalam menerusi Goncalo Guedes pada minit ke-60.

Fernando Santos berkata: “De Jong bermain di kawasan yang berdekatan dengan Bruno Fernandes. Martin De Roon dekat dengan William Carvalho.”

“Kami sedar kualiti pemain-pemain tengah ini dalam pasukan Belanda. De Jong adalah pemain kratif dengan potensi yang besar.”

“Kami tahu, jika kami menyekat kebebasan beliau, kami akan mampu mendapatkan sesuatu. Arahan taktikal kami adalah, mengarahkan pemain bermain bola sebanyak mungkin.”

“Apabila kami hilang bola, kami akan fokus kepada De Jong untuk menghalang beliau daripada bergerak bebas. Kami harus mengurangkan impak beliau – begitu juga dengan Virgil Van Dijk.”

Fernando Santos bangga pasukannya menjadi juara sulung UNL. Dan percaya kejohanan itu akan lebih beprestij di masa-masa akan datang.

https://twitter.com/SK_Football/status/1137856916871270401

“Ini edisi pertama kejohanan ini. Saya pasti kejohanan ini akan menjadi klasik. Seluruh keluarga dalam UEFA bermain kejohanan ini dan kami berjaya memenangi edisi pertama. Kami sangat gembira. Ianya akan tercatat dalam sejarah.”

“Saya tidak suka bercakap tentang diri sendiri. Kerja saya biarlah orang lain yang menilai, termasuk kami wartawan, dan penyokon.”

“Apa yang saya boleh ‘ambil’ daripada kerja saya adalah saya menikmatinya dalam kehidupan seharian.”

“Kejayaan menjuarai Liga Negara Eropah yang pertama di bumi sendiri akan meninggalkan kesan yang besar dalam sejarah bola sepak Portugis.”

“Kami gagal bermain baik di Piala Dunia seperti yang kami harpkan. Namun pasukan ini akan memberikan impak pada masa hadapan.”

“Inilah masa depan bola sepak Portugal. Jika kita imbas kembali pada 2016, ramai pemain daripada pasukan hebat itu tidak berada di sini lagi. Ini adalah proses pembangunan berterusan dan gambaran tentang bola sepak Portugal.”

Fernando Santos gembira para pemain Portugal berkelana ke seluruh Eropah untuk menjadi pemain utama di pasukan masing-masing. Ianya penting untuk kesinambungan bola sepak Portugal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN