Fernando Rodriguez Jadi Pemain Pertama Ucap Selamat Tinggal Kepada Kedah

Pemain import daripada Sepanyol, Fernando Rodriguez menjadi pemain pertama yang meninggalkan Kedah selepas tamat saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Pemain penyerang berusia 32 tahun itu tidak diturunkan ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lalu selepas dilaporkan mengalami kecederaan.

Rodriguez yang merupakan nadi utama di bahagian serangan sepanjang saingan Liga Malaysia pada musim ini adalah salah seorang pemain yang dibawa masuk oleh pengendali dari Singapura, Aidil Shahrin pada awal musim lalu.

“Tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga [Kedah] yang hebat ini, Ia adalah tahun yang indah dan tidak boleh dilupakan bersama kalian semua,” ujar beliau melalui muat naik di Instagram.

View this post on Instagram

Time to say goodbye to this wonderful family, an unforgettable and wonderful year with all of you !! thanks teammates, thanks fans, thanks medical body, thanks managers, thanks from the heart !! here one more fans for next season, hopefully you can match or overcome this great season !! 21 goals, champion of the FA CUP, final of the Malaysia cup and number 4 in super league, are not enough to be able to spend another year with this family, but this is life and football sometimes things do not go as you think or must, now touch fight again and get up stronger !! proud and happy to say that he belonged to the Kedah family 2019!??❤️⚽️ #football #family #thankyou #terimakasih #missyou #lookforward #nevergiveup #believeinyourself

A post shared by Fernando Rodriguez Ortega (@rodriguez9ro) on

“Terima kasih kepada rakan sepasukan, terima kasih kepada penyokong, terima kasih kepada bahagian perubatan, terima kasih kepada pengurs. Terima kasih dari hati yang terdalam.

“Saya berharap pasukan ini mampu mencapai keputusan lebih baik dari musim ini. 21 gol dihasilkan, juara Piala FA, perlawanan akhir Piala Malaysia, dan kedudukan ke-4 Liga Super tidak mencukupi untuk saya kekal semusim lagi bersama keluarga ini.

“Tetapi begitulah [realiti] kehidupan, dan bola sepak tidak seperti apa yang kita fikirkan.

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Kedah 2019!!!”

Pada musim ini Rodriguez sering kali digandingkan dengan penyerang import dari Argentina, Jonathan Bauman

Selain daripada Bauman, Kedah turut diperkuatkan oleh Renan Alves, Shakir Hamzah dan Edgar Bernhardt.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN