Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez dikatakan kini akan meninggalkan kelab tersebut dengan ura-ura mengatakan yang beliau akan terbang ke Indonesia.
Rodriguez yang sebelum ini pernah beraksi bersama-sama Kedah Darul Aman (KDA) dijangka bakal menamatkan tempoh khidmatnya bersama-sama JDT dengan dikatakan beliau sudah pun sah untuk ke Indonesia.
Laporan di Indonesia mengatakan yang Rodriguez kini dirisik oleh kelab bernama Persis Solo.
Risikan Persis Solo terhadap Rodriguez itu dikatakan sudah berada pada tahap yang hampir selesai dengan pemain itu dikatakan bersetuju untuk bersama-sama kelab itu.
“Fernando Rodriguez ke Persis Solo, hanya tunggu masa sahaja,”
“Perjanjian telah dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim dan Persis Solo, ayuh,” ujar laman peminat Persis Solo.
Fernando Rodriguez to Persis Solo, just matter of time.
Deals has been reached between JDT and Persis Solo.
And here we go…🔴⚪️#DeadlineDay pic.twitter.com/r5ccifyLyq
— Persis English (@Persis_EN) August 4, 2022
Siapa Persis Solo?
Persis Solo merupakan sebuah kelab Indonesia yang yang beraksi dalam saingan Liga 1 negara itu.
Mereka ini adalah sebuah pasukan yang sedang bergelut dengan kedudukan liga apabila sedang menghuni tangga tercorot saingan liga dengan tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan.
Terkini, mereka tewas kepada Persija Jakarta 2-1 pada 31 Julai dengan tugas getir menanti mereka pada Ahad apabila bertemu pasukan yang ditangga ketiga iaitu Tira-Persikabo.
Dengan usaha mendapatkan Rodriguez ini mungkin salah satu ikhtiar pasukan untuk mendapatkan semula kejayaan apabila mengalami kesukaran merobek pintu gol lawan.
Skuad Persis Solo ini dikendalikan oleh bekas jurulatih Penang iaitu Jackson F. Tiago yang pernah bersama Harimau Kumbang pada 2014 hingga 2016.