Perlawanan yang digelar El Clasico de Paraguay itu merupakan perlawanan terbesar di dalam liga mereka. Menjaringkan gol dalam perlawanan ini akan sentiasa menjadi istimewa bagi mana-mana pemain yang terlibat.
Satu sejarah unik tercipta dalam perlawanan tersebut – apabila pemain berusia 14 tahun Fernando Ovelar menjaringkan gol pembukaan perlawanan untuk pasukannya Cerro Porteno.
Ovelar baru sahaja mencipta antara momen untuk diingati di dalam kariernya. Jaringan itu juga merupakan jaringan pertama beliau sebagai pemain profesional bersama Cerro Porteno.
2 pasukan ini – Olimpia dan Cerro Porteno – merupakan pasukan yang paling berjaya dalam sejarah liga Paraguay. Olimpia ada 41 gelaran kejuaraan liga – manakala Cerro Porteno pula memiliki 32 kejuaraan liga.
Ovelar berlari masuk ke dalam kotak penalti. Beliau menerima hantaran rakannya dan melakukan ‘flick’ cantik menewasakan penjaga gol yang meluru keluar.
Gol itu membuatkan seluruh stadium bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah. Rakan-rakan beliau juga meraikan gol itu dengan girang sekali. Mana tidaknya, pemain berusia 14 tahun itu baru sahaja memberikan mereka gol pendahuluan yang cantik.
Ketika jaringan itu dilakukan, Ovelar berusia 14 tahun 9 bulan dan 27 hari. Rekod ini menjadikan beliau penjaring gol paling muda dalam sejarah liga Paraguay.
14 años, 9 meses y 27 días…
FERNANDO OVELAR 🙌#LaMejorCanteraDelPaís 💎 pic.twitter.com/Z6iwkvNIeX
— Club Cerro Porteño (@CCP1912oficial) November 4, 2018
Perlawanan berakhir dengan seri 2-2. Keputusan ini mengekalkan Olimpia di puncak liga – berada 7 mata di atas Cerro Porteno yang menghuni tangga ke-2 selepas 17 perlawanan.