Fernando Forestieri Enggan Dabik Dada Dengan Pencapaian Semasa

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fernando Forestieri enggan menjadikan rekod semasa beliau selaku penjaring terbanyak Liga Super 2023 sebagai sesuatu yang ingin terus dibanggakannya.

Sebaliknya, penyerang berbisa itu menyifatkan segalanya tidak akan terhasil tanpa dorongan daripada rakan sepasukan untuk memastikan kejayaan menjadi milik JDT musim ini.

Fernando Forestieri Penyerang Paling Tajam, Faisal Halim Bintang Tempatan Terampuh Depan Gol

Forestieri boleh dianggap berada dalam prestasi terbaik beliau untuk saingan Liga Super musim ini menerusi ketajaman serta kreativiti dipamerkan beliau memberi pengaruh besar buat JDT selepas mengharungi 14 perlawanan.

Daripada 14 aksi dilalui Forestieri, penyerang berusia 33 tahun ini sudah pun meledak 15 gol bersama tujuh bantuan jaringan secara keseluruhan untuk unggul selaku status penjaring terbanyak.

Kualiti yang dipamerkan oleh penyerang ini jelas sesuatu yang sangat berbeza berbanding kebanyakan penyerang lain kerana faktor pengalaman Forestieri sebelum itu pernah mewakili beberap pasukan ternama di Eropah.

Walaupun begitu, kedudukannya kini turut dikejar oleh peledak import berbisa Selangor iaitu Ayron Del Valle yang sudah pun menjaringkan 13 gol ketika ini bersama The Red Giants.

Pastinya Forestieri tidak rela takhta beliau akan dipintas dan akan terus membuktikan kepada penyokong bola sepak tempatan mengenai kualiti beliau musim ini dalam saingan Liga Super.

Walaupun begitu, bekas penyerang kebansaan Itali ini enggan terus mendabik dada dengan pencapaian tersebut dan mahu memberi fokus penuh dalam aspek kerjasama berpasukan.

“Tanpa bantuan rakan sepasukan, adalah mustahil untuk saya menjaringkan gol selain sokongan daripada penyokong. Biarpun begitu selepas ini kami perlu bekerja lebih keras lagi kerana setiap pasukan lawan semakin bertambah baik setiap musim.

“Bersama JDT, saya bukan sekadar sekadar mahu diingati sebagai penyerang memakai jersi nombor sembilan.

“Sebaliknya juga mahu diingati dengan larian menggerakkan pasukan selain memberi bantuan gol kepada pasukan. Pengorbanan dalam memastikan kemenangan buat pasukan adalah lebih penting daripada menjaringkan gol,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Selain Forestieri dan Ayron yang kini bersaing sengit untuk merebut takhta penjaring terbanyak Liga Super, penyerang pasukan lain juga tampil dengan kualiti tersendiri bagi memberi cabaran dalam persaingan tersebut.

Bergson da Silva juga kini cemerlang di hadapan gol selepas konsisten meledak sembilan jaringan sambil diikuti penyerang utama Kedah iaitu Willian Lira serta Kpah Sherman dengan masing-masing mencatat tujuh jaringan.

Untuk pemain tempatan, kelibat Faisal Halim dan Arif Aiman antara mencuri tumpuan selepas kedua penyerang lincah ini turut mencatat nama untuk berada dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN