Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan tindakan beliau menyerahkan tugasan mengambil sepakan penalti kepada Marcus Rashford adalah untuk membantu rakan sepasukannya itu menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.
Dalam perlawanan menentang Istanbul Besaksehir itu, beliau telah menjaringkan dua gol sebelum dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil dan ia merupakan peluang untuknya mencatat hatrik.
Namun Fernandes yang telah bersedia untuk mengambil sepaka tersebut secara tiba-tiba memberikannya kepada Rashford yang berjaya menyudahkan tugasan tersebut dengan sempurna untuk membantu United menang dengan keputusan 4-1 di Old Trafford.
Bruno Fernandes vs. Everton: On a hat trick, squares the ball to Cavani to get his first Man United goal ❤️
Bruno Fernandes vs. Istanbul: On a hat trick, gives up the penalty to let Rashford get on the scoresheet ❤️ pic.twitter.com/RrI9K39qT5
— ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2020
“Bukan, bukan itu soalnya,” kata pemain Portugal tersebut yang ditanya dalam sidang media selepas perlawanan sama ada beliau menyesal kerana tidak mengambil sepakan penalti tersebut.
“Memanglah semua orang nak menjaringkan hatrik, tetapi selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris [menentang West Bromwich Albion] saya ada beritahu Rashford sepakan penalti selepas ini dia yang akan ambil.
“Jadi saya teringat janji itu dan juga sebab dia adalah salah seorang penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Eropah. Jadi saya rasa penting untuk dia mengambilnya.”
“Lagipun seperti yang saya kata, tak kira siapa yang mengambil penalti, yang lebih penting adalah pasukan berjaya menjaringkan gol, bila pasukan menjaringkan gol, ia bermakna jaringan untuk saya juga.”
Bruno Fernandes on allowing Rashford to take the penalty;
"Of course, everyone want to score a hat-trick but after the game in the PL, I told Rashy the next one he will take. I remembered that and also because he is one of the top scorers in the UCL."
Selfless!#ChampionsLeague pic.twitter.com/UEAOm6ZZq3
— SportyBet (@SportyBet) November 25, 2020
Penyerang England tersebut kini telah mengumpul lima gol, satu gol di belakang pendahulu carta penjaring terbanyak, Erling Haaland yang berjaya menyumbat dua gol ketika Borussia Dortmund menumpaskan Club Brugge.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang turut ditanya mengenai perkara berkenaan mengatakan beliau tiada masalah siapa di antara kedua-dua pemain tersebut yang akan mengambil sepakan penalti untuk pasukannya.
“Marcus adalah pengambil sepakan penalti yang baik juga walaupun Bruno lebih meyakinkan. Jika Bruno rasa dia mahu berikan tugasan tersebut kepada Marcus, terpulang kepadanya.”
United kini mendahului kumpulan H dengan sembilan mata selepas empat perlawanan. Untuk layak ke peringkat kalah mati, mereka perlu memastikan mampu mengutip mata dalam dua perlawanan terakhir berdepan Paris Saint-Germain dan RB Leipzig.
Untuk aksi seterusnya buat The Red Devils, mereka akan berkunjung ke Southampton untuk perlawanan EPL pada Ahad ini.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Bruno Fernandes dan Manchester United:
Bruno Fernandes: Pemain MU Ada Mentaliti Kuat Untuk Juara EPL
Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes