Fergus Tierney: “Setiap Perlawanan Kita Nak Menang”

Penyerang berbisa Malaysia bawah 23 (B-23) iaitu Fergus Tierney menjadi pemain paling gembira kini selepas impak diberikan beliau membantu skuad kebangsan meraih kemenangan sulung dalam saingan Piala AFF B-23, selepas menundukkan Indonesia B-23 menerusi keputusan penuh 2-1.

Pada aksi tersebut, Malaysia B-23 tampil dengan aksi yang sangat kurang menyakinkan di separuh masa pertama dengan kesilapan mudah sering berlaku dan memberi ruang buat lawan untuk cuba mencipta peluang.

Kesilapan mudah yang sering dilakukan itu menyaksikan Indonesia B-23 tampil dengan gol sulung mereka menerusi penyerang berbisa mereka iaitu Ramadhan Sananta pada minit ke-28.

Menyedari kelemahan ketara Malaysia B-23 di posisi serangan, E. Elavarasan membuat beberapa pertukaran dengan turut memasukkan khidmat Tierney untuk mengukuhkan jentera serangan.

Hasilnya, penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu berjaya meledak dua gol pada minit ke-54 dan 62 serta sekali gus memacu skuad kebangsaan B-23 mendapatkan kemenangan sulung musim ini dalam saingan tersebut.

Menurut Tierney, beliau mengakui sejak awal sebelum saingan berlangsung yang aksi sengit pasti akan berlaku dengan membabitkan Malaysia bersama Indonesia serta Timor Leste di peringkat kumpulan.

“Dari awal jika dilihat dalam peringkat kumpulan dengan melihat Indonesia dan Timor Leste kita sudah tahu ianya sesuatu sukar buat kami kerana kumpulan ini sangat kuat.

“Tetapi saya sentiasa percaya dengan rakan sepasukan dan hasilnya kami berjaya memulakan cabaran dengan begitu baik,” jelas Tierney.

Tambah pemain itu, Elavarasan sebelum ini sudah pun memberi pesanan kepadanya untuk bersedia kerana Tierney bakal dibawa masuk untuk aksi di separuh masa kedua.

Tierney juga mengakui Indonesia sebagai suatu pasukan yang sangat kuat kerana membawa status selaku juara bagi saingan Sukan SEA lalu.

Maka, penyerang bertubuh tegap itu mengakui perlawanan dihadapi tersebut sebagai sesuatu yang sangat sukar untuk dihadapi dirinya bersama rakan sepasukan lain.

“Sebelum perlawanan bermula, jurulatih sudah berpesan kepada saya untuk sentiasa bersiap sedia untuk dibawa masuk pada separuh masa kedua dengan memberi impak dari bangku simpanan.

“Pada saya, ianya merupakan satu perancangan atau idea yang baik daripada beliau dan segalanya berjalan dengan lancar untuk perlawanan ini.

“Kita nak menang, terutama sekali untuk perlawanan kedua nanti kerana kami nak menang bagi memastikan kami turut menjuarai saingan kali ini,” kata Tierney dengan penuh bersemangat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN