Penyerang skuad bawah 23 (B-23) negara iaitu Fergus Tierney tampil selaku pemain paling bersemangat kini untuk membantu pasukannya meraih kemenangan seterusnya dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Untuk aksi sebelum ini, Malaysia berjaya memulakan kempen saingan tersebut dengan langkah kanan di Chonburi, Thailand selepas kejayaan menewaskan Bangladesh menerusi keputusan penuh 2-0 bagi peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan giat menjalani sesi latihan terakhir menjelang aksi kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Filipina di Stadium Chonburi, esok. pic.twitter.com/S7IG6qHt03
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 8, 2023
Walaupun menerima pelbagai kritikan di media sosial kerana menampilkan aksi kurang menyakinkan, Tierney dan rakan sepasukan lain berjaya memastikan tiga mata berpihak kepada Malaysia.
Dua gol Malaysia sebelum itu berjaya diledak oleh penyerang muda meningkat naik, Aliff Izwan Yuslan serta Tierney sendiri pada masa tambahan di babak separuh masa kedua dengan aksi begitu cemerlang.
Bagi Tierney, pastinya jaringan tersebut membakar motivasi beliau untuk terus menampilkan aksi lebih bertenaga selepas ini bersama skuad B-23 dalam aksi kelayakan itu bagi memburu jaringan.
Malah, beliau juga bersyukur kerana Malaysia berjaya meraih tiga mata yang dianggap sangat penting walaupun menampilkan aksi kurang menyakinkan sepanjang aksi berlangsung.
Penyerang kelahiran Glasgow, Scotland itu juga kini mahu memberikan fokus sepenuhnya untuk pertemuan hari ini menentang Filipina dan enggan memikirkan tentang soal jumlah jaringan bakal terhasil.
“Aksi bertemu Bangladesh sudah pun selesai dan kita berjaya mendapatkan tiga mata yang sangat penting, walaupun tiada banyak gol terhasil serta tak tampil dengan aksi lebih menyakinkan.
“Apapun, keutamaan kini adalah tiga mata dan sekarang kita beri fokus sepenuhnya untuk aksi menentang Filipina dalam usaha untuk mendapatkan mata penuh seterusnya mengatasi lawan.
“Saya tak fikir langsung tentang jumlah jaringan ingin kita ledak, yang saya fikir hanya soal kemenangan sahaja. 1-0 atau 5-0 tetap sama untuk saya, yang diberi keutamaan menang dalam setiap perlawanan dihadapi.
“Saya letakkan kepercayaan penuh dengan rakan sepasukan lain dan kami percaya kemenangan bakal diraih pada perlawanan seterusnya,” jelas Tierney.
🎙️Dengarkan komen dua pemain Harimau Malaya B-23, Fergus Tierney dan Nooa Laine menjelang aksi kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Filipina di Stadium Chonburi, Thailand,Sabtu ini.
Tonton video penuh di https://t.co/5snkuxUDua#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/iMnF7WFDep
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 8, 2023
Malaysia bakal meneruskan aksi hari ini dengan membuat perhitungan seterusnya pula berdepan Filipina dengan suntikan penuh bermotivasi untuk meraih kemenangan seterusnya.
Apa tidaknya, Filipina telah pun mencatat kekalahan besar 0-5 kepada pasukan tuan rumah dan ini satu lagi peluang menarik buat Malaysia untuk mencipta sesuatu bagi menggembirakan para penyokong setia Harimau Malaya.