Pada 2015, Ferdinand Meramalkan Trio Ini Mewakili England, Netizen Gelakkan Michael Keane

Pada 18 Julai 2015, Rio Ferdinand sudah meramalkan 3 pemain bek tengah akan menjadi pemain utama England iaitu Michael Keane, Eric Dier dan John Stones.

Ramalan beliau tepat sekali dan 3 pemain ini bersama dalam satu pasukan berbanding dengan beberapa nama prospek lain.

Paling mencuri tumpuan adalah Michael Keane, bek tengah Burnley. Ferdinand banyak menerima kecaman dan sindiran kerana meramalkan Keane bukannya Callum Chambers.

Ini tweet beliau.

Nampaknya Rio Ferdinand ni dah macam penilik masa depan.

Ini pula antara respon netizen pada ketika itu. Ramai mereka memandang rendah kepada Michael Keane.

Eric Dier mungkin jarang beraksi di posisi bek tengah kerana lebih banyak beraksi di posisi tengah pertahanan.

Ketika tweet Ferdinand ini, Dier adalah bek tengah. Namun pemain ini masih menjadi alternatif yang baik untuk bek tengah.

Ini adalah kesebelasan utama ketika menentang Lithuania.

Kadangkala, penyokong bola sepak janganlah terlalu awal menilai pemain muda seperti Michael Keane.

Pemain ini masih dalam proses pembangunan dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada karier beliau.

Keane juga menjadi bahan bualan ketika awal musim ini Antonio Conte mahukan pemain ini.

Ramai juga penyokong hairan kenapa Conte mahukan pemain biasa-biasa (mediocre) seperti Keane.

Sekali Michael Keane benar-benar ‘meletup’ musim ini dan menjadi antara bek tengah terbaik di EPL bersama Burnley.

Pemain ini adalah graduan akademi Manchester United. Dan dilepaskan Manchester United terlalu awal.

Mungkinkah Keane akan kembali semula ke Old Trafford selepas ini?

Baca juga: Barcelona Hasilkan Video Penghargaan Penuh Perasaan Untuk Lagenda Johan Cruyff

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN