The Sun menjadi tumpuan sekali lagi apabila bintang Manchester United menyatakan beliau mahu menyaman akhbar tersebut.
Ini selepas satu laporan The Sun mengaitkan Fellaini dengan gadis parti kelab malam Laura Simpson. Laura sebelum ini bersama-sama dengan Wayne Rooney. Berita yang membuatkan isteri Rooney bengang.
Rumah tangga Rooney kini sedang bergolak selepas Rooney ditahan polis ketika sedang memandu kereta Laura Simpson dalam keadaan mabuk.
Laura mengakui dia dan Rooney meluangkan masa bersama ketika berparti namun dia mahukan Coleen memaafkan Rooney.
Laura juga memberitahu dia faham jika Coleen bengang tetapi malam tersebut dia dan Rooney tidak ‘melampau batas’ dan menganggap ia ‘harmless fun’
Akhbar The Sun kemudian tampil dengan cerita baru yang mengaitkan Laura juga sedang menjalinkan hubungan dengan Fellaini.
Dalam artikel mereka yang sudah dipadam, The Sun menyatakan yang gadis parti Wayne Rooney pernah berhibur bersama-sama dengan Fellaini.
The Sun juga melaporkan yang Laura Simpson dijemput oleh Fellaini untuk datang ke rumahnya yang bernilai £4 juta sambil bersantai di tepi kolam renang.
Namun segalanya berakhir selepas burger big mac jatuh ke dalam kolam renang rumah Fellaini. Fellaini menjadi sangat marah. The Sun menyatakan mereka mendapat cerita itu daripada rakan Laura.
Laura memberitahu rakannya itu:
“Kami berhenti di McDonald ketika balik dan menyelerakkan sedikit keadaan di sekitar kolam renang.”
“Saya baru gigit sedikit Big Mac itu dan tiba-tiba terjatuh ke dalam kolam. Fellaini sangat marah.”
Semalam Fellaini menyatakan perasaan marahnya dengan berita tersebut. Beliau menulis di twitternya:
“Selama ini saya tidak pernah komen untuk berita palsu yang ditulis mengenai saya, tetapi hari ini saya sudah hilang sabar dan sudah memberikan arahan kepada peguam saya.”
Most of the time I do not comment on the false stories written about me, but today is enough and I have instructed my lawyers.
— Marouane Fellaini (@Fellaini) September 10, 2017
The Sun terus menjadi akhbar yang paling kontroversi di England. Sebelum ini Liverpool dan Everton mengenakan larangan penuh The Sun di perkarangan sukan mereka.
Beberapa kelab lain turut memboikot akhbar ini. Musim lalu, penyokong Arsenal meminta kelab mereka memboikot The Sun selepas menulis tajuk berita tentang penyerang berani mati dengan jersi Arsenal.
Macam-macam cerita yang direka oleh The Sun ini. Dah macam drama televisyen pula. Jarang Fellaini ni mengamuk di Twitter. Semoga kebenaran memihak kepada anda Fellaini.