Allegri Yakin Dybala Akan Saingi Neymar Untuk Ballon D’Or Selepas Era Messi-Ronaldo

Pengurus Juventus menghamburkan kata-kata pujian kepada pemain sensasi beliau Paulo Dybala selepas kemenangan 3-0 ke atas Chievo semalam.

Beliau menganggap Dybala sebaga bakat elit dan antara yang terbaik di dunia ketika ini. Juventus antara pasukan yang masih kekal dengan permulaan sempurna selepas 3 perlawanan.

Dybala masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Juventus membenam Chievo. Dybala masuk dan merencana peluang gol kepada Higuain.

Beliau turut menjaringkan 1 gol di dalam perlawanan ini. Hatemaj menjaringkan jaringan sendiri pada minit ke-17. Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Allegri berkata:

“Dybala ada segala yang diperlukan untuk menjadi terhebat bersama-sama dengan Neymar sebagai pemain terbaik di dunia selepas era Cristiano Ronaldo dan Messi. Masa depan beliau ada bersama Juventus dan saya gembira dengannya.”

Penjaga gol Chievo juga bersetuju dengan Allegeri yang merasakan Dybala akan menjadi pemenang Ballon d’or pada suatu hari nanti. Sorentino pernah beraksi bersama-sama dengan Dybala ketika di Palermo. Beliau berkata:

“Saya bertuah kerana mengenali beliau secara rapat dan saya juga tidak terkejut melihat betapa bagusnya dia sekarang.”

“Dia masih banyak masa untuk meningkatkan keupayaannya untuk menjadi terbaik. Dia ada segalanya untuk memenangi Ballon d’Or. Apabila hari itu tiba nanti, harapan saya cuma berharap dia menjemput saya ke parti keraian.”

Walaupun menang dengan selesa, Allegri tetap kecewa dengan penyudah yang disifatkan beliau tidak cukup tajam apabila terlalu sedikit percubaan tepat.

“Itu perkara yang kami perlu perbaiki dan ianya bagus untuk tidak dibolosi. Ada masanya saya tersenyum apabila orang memperkatakan kami bermain baik ataupun tidak.”

“Maknanya, kadangkala anda menang dengan bermain cantik, ada kalanya anda menang dengan permainan yang kurang cantik.”

Sumber

ESPN – http://www.espn.co.uk/football/blog/espn-fc-united/68/post/3182623/neymar-leaves-barcelona-and-lionel-messi-behind-to-become-psg-main-man

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN