Felix Magath: Kejayaan Pep Guardiola Di Barcelona Adalah Kerana Messi

Pep Guardiola

Bekas pengurus Bayern Munich, Felix Magath menegaskan kisah kecemerlangan Pep Guardiola ketika membimbing Barcelona tidak akan menjelma jika tidak dibantu kehebatan Lionel Messi.

Guardiola yang mula membimbing Barcelona pada 1 Julai 2008 telah menerapkan corak permainan dengan sistem ‘Tiki-Taka’ dan merintis kepada antara detik hebat pernah dinikmati kelab Catalan tersebut.

Sepanjang empat musim bersama Barcelona, Guardiola telah menghadiahkan kejuaraan hatrik saingan La Liga [2008/09, 2009/10 dan 2020/11] manakala menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA sebanyak dua kali.

Namun begitu, Magath merasakan kecemerlangan dinikmati pengendali yang kini berusia 49 tahun itu adalah kerana kehebatan dipamerkan Messi dalam membantu kelab tersebut pada ketika itu.

”Mereka [Barcelona] muncul juara kerana Messi, bukannya disebabkan Guardiola,” ujar Magath menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Tanpa Messi, sistem ini tidak akan pernah berjaya buat Guardola, jika tidak dia akan memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Bayern Munich dan Manchester City sejak dulu lagi.”

”Tiki-taka hanya berfungsi sekiranya anda mempunyai pemain yang sangat unggul berbanding pemain pasukan lawan. Bagi para penonton, taktik mempertahankan bola seperti itu sangat membosankan dan pasukan ternama tidak memerlukannya.”

”Pada pendapat saya, Guardiola sering tewas dalam usahanya untuk memenangi perlawanan dengan lebih awal. Taktik itu sering berakhir dengan keputusan yang salah dan ia menghalang untuk mencapai kejayaan.”

Tidak hanya Guardiola yang mencuri perhatian Magath, malah beliau turut merasakan taktikal Jurgen Klopp menjadi tunjang kepada kejayaan The Reds pada ketika ini.

”Faktor utama yang membuatkan Jurgen Klopp dilihat berjaya adalah keputusannya dalam memilih pemain, bukannya kerana taktiknya.”

”Sekiranya Liverpool tidak membeli Alisson dengan nilai €60 juta dan Virgil van Dijk dengan €85 juta, sistem ini tidak akan berjaya.

”Dahulu orang memanggilnya ‘counter-attacking’, hari ini ia dipanggil ‘Gegenpressing’,” tambah Felix Magath lagi.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pep Guardiola:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN