Felipe Scolari Digantung 3 Perlawanan Liga Super China

Luiz Felipe Solari, pengurus dan ketua jurulatih pasukan Guangzhou Evergrande digantung 3 perlawanan terakhir dalam Liga Super China dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti bola sepak bersama kelabnya.

Kontrak Scolari bersama juara Liga Super China itu akan berakhir pada 30 November depan.

Beliau setakat ini tidak menandatangani apa-apa kontrak lanjutan dan kemungkinan akan meninggalkan Guangzhou bulan depan untuk mencari angin baru.

Persatuan Bolasepak China memutuskan untuk menggantung bekas pengurus Chelsea dan Portugal itu 3 perlawanan pada hari jumaat lalu selepas beliau diarahkan oleh pengadil meninggalkan bangku simpanan ketika perlawanan menentang Yanbian Funde dimana pasukannya mencatat kemenangan dramatik 4-3.

Kemenangan itu memastikan Guangzhou Evergrande mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super China meninggalkan Shanghai SIPG dengan 6 mata.

Dengan berbaki 3 perlawanan, Guangzhou dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk muncul sebagai juara liga pada minggu ini berdasarkan rekod  head to head dengan pencabar terdekat.

Menang ke atas Guizhou Zhicheng pada hari ahad ini sambil mengharapkan pasukan bimbingan Andre Villa-Boas iaitu Shanghai SIPG tewas kepada Guangzhou R&F akan memastikan pasukan bimbingan Scolari  itu membawa gelaran kejuaraan Liga Super China buat kali ketiga.

Jurulatih kelahiran Brazil itu turut membawa Guangzhou Evergrande menjuarai Piala FA dan AFC Champions League pada tahun 2015.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN