Video: Pertembungan Ngeri Baddrol Bakhtiar Dengan Penjaga Gol Ketika Sesi Latihan Kedah FA

Ketika dalam rangka persiapan terakhir untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada malam ini, pemain tengah Kedah dilaporkan mengalami kecederaan selepas bertembung dengan penjaga gol.

Baddrol Bakhtiar turut dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan tengkuk selepas bertembung dengan penjaga gol, Muhammad Asri Muhamad.

Namun satu muat naik di laman media sosial pada lewat malam semalam, mengesahkan Baddrol berkemungkinan akan diturunkan setelah menyatakan kesediaannya untuk terus berjuang demi pasukan.

Baddrol turut dipetik sebagai berkata kepada wartawan:

“Saya OK, tak teruk cuma saya kena lihat kecederaan ini dulu malam nanti (tadi),” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan itu.

Saksikan detik-detik pertembungan tersebut di dalam video di bawah.

Leave a Reply