FELDA United Batalkan Hasrat Dapatkan Dickson Nwakaeme Kerana Isu Gaji

Dickson Nwakaeme masih lagi mempunyai keinginan untuk beraksi di Liga Malaysia walaupun musim ini merasai pengalaman bermain di salah sebuah 5 liga terbaik Eropah iaitu Ligue 1.

Berita kepulangan beliau ke Malaysia sering kali terdengar, namun begitu hingga kini masih lagi tiada yang menjadi kenyataan.

Menurut laman Goal, salah sebuah pasukan Liga Super iaitu FELDA United mengakui ada cuba untuk mendapatkan bekas pemain Pahang dan juga Kelantan itu.

Namun begitu, FELDA United sepertinya tidak mampu untuk membawa pemain itu ke Jengka.

Hal ini kerana kelab tersebut tidak mampu untuk menandingi permintaan gaji pemain tersebut yang disifatkan FELDA United terlalu tinggi menurut jurulatih mereka iaitu – B. Sathianathan.

“Beliau ada beritahu yang beliau mahu kembali beraksi di Malaysia.”

“Namun begitu kami tak mampu nak bayar gaji ikut kemahuan beliau.”

Pada jendela perpindahan ketika ini, FELDA United sudah berjaya membawa pulang bekas penyerang mereka iaitu Thiago Augusto.

Selain itu, mereka berjaya merekrut pemain pertahanan Dino Djulbic yang merupakan bekas pemain Perth Glory di Australia.

Beliau menggantikan pemain pertahanan sebelum ini iaitu Mootaz Jounaidi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN