Previu MSL 2017: Felda United 2017 Musim Penuh Cabaran

Oleh kerana emosi meletakkan sasaran 1 piala pada awal musim, mereka kehilangan jurulatih berkaliber Irfan Bakti.

Irfan Bakti menyatakan beliau meninggalkan Felda United sebagai tanda menghormati KPI yang diberikan dalam kontrak beliau.

Pengurusan Felda United mulai panik dan cuba menawarkan kontrak baru kepada Irfan Bakti. Namun ia ditolak. Apa yang boleh dipelajari adalah, bola sepak kadangkala bukan diukur dengan piala.

Dalam kes Felda United, walaupun mereka gagal menang sebarang piala musim lalu namun dari aspek bola sepak mereka telah melahirkan pasukan Felda United yang paling kompetitif dalam sejarah mereka.

Kredit Gambar : Safwan Rozi / www.asiana.my

Irfan Bakti berjaya membawa Felda United mencabar kejuaraan Liga Super dan memenangi slot ke Piala AFC. Pasukan Felda United 2017 pula akan dibimbing oleh Azmi Mohamed.

Persiapan

Agak memeranjatkan apabila ramai pemain yang angkat kaki dan dilepaskan oleh kelab. Sedangkan pasukan ini ada musim besar di Piala AFC musim 2017.

Antaranya adalah Lutfulla Turaev, Gilberto Alemao, Christie Jayaseelan dan Ahmad Syamim Yahya.

Mereka membawa masuk beberapa muka baru ke dalam pasukan ini seperti Wan Zack Haikal, Norshahrul Idlan, Fazrul Hazli dan Norsharul Idlan Talaha. Tonggak imort baru adalah Lucas Cano dan Gaston Cellerino.

Mereka sudah memiliki pasukan yang kuat musim lalu. Namun proses pada pra musim 2017 lebih kepada membentuk pasukan baru bukannya menambah kekuatan pasukan yang mereka miliki pada 2016.

Cabaran

Antara isu yang akan menjadi cabaran bagi mereka adalah jumlah perlawanan yang lebih banyak. Ia akan melibatkan penggiliran skuad yang kerap. Mereka harus bersedia!

Seterusnya adalah, Piala AFC untuk mereka akan dimainkan di luar Stadium Tun Abdul Razak di Jengka. Ia pasti akan mempengaruhi isu kecergasan pemain.

Dari segi squad depth, mereka masih kecil (thin) untuk melalui musim yang ada perlawanan AFC. Rasanya Felda United sudah menetapkan fokus mereka musim ini kepada kejohanan mana satu.

Kualiti skuad utama mereka mungkin boleh dikatakan baik. Bagaimana dengan kualiti skuad kedua?

Taktikal

Musim lalu, Irfan Bakti bermain dalam sistem yang serangan balas dengan sistem pertahanan yang kuat. Mereka memiliki penggempur prolifik Francis Forkey Doe yang tidak lagi bersama mereka musim ini.

Kelincahan dan pergerakan di lapisan kedua serangan dari tengah dan sayap adalah kunci utama mereka musim lalu.

Berdasarkan nama-nama pemain yang mereka miliki, mereka mungkin akan merasai kehilangan pemain seperti Christie Jayaseelan dan juga Syamim Yahya.

Wan Zack Haikal perlu dijaga dari segi kecergasan fizikal kerana pemain ini akan menjadi senjata penting mereka. Namun yang merisaukan adalah rekod Wan Zack Haikal yang bukan pemain semusim penuh.

Apa yang mereka dapat harapkan daripada pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha yang agak merosot musim lalu. Beliau hanya OK dalam 2 atau 3 perlawanan sahaja.

Jadi, Azmi Mohamed pastinya perlu menyediakan pelan latihan untuk pemain seperti Norshahrul untuk memastikan pemain ini mengeluarkan output yang mereka harapkan.

Mereka juga mengharapkan penggempur baru mereka untuk mendapat rentak secepat mungkin.

Musim mencabar Felda United 2017?

Mereka kehilangan semua komponen terbaik dalam enjin mereka musim lalu kecuali Shukor Adan. Irfan Bakti adalah mastermind kepada kekuatan mereka.

Lutfulla Turaev adalah perancang terbaik mereka musim lalu. Christie Jayaseelan adalah pemain sayap terbaik mereka musim lalu.

Syamim Yahya walaupun kuran disenangi lawan kerana aksi keras beliau, namun dalam pasukan Felda United, beliau adalah pemain penting.

Forkey Doe adalah antara penyumbang kekuatan utama mereka di dalam padang. Pemain yang boleh menentukan nasib Felda dengan seorang diri jika pasukan mereka tidak beraksi baik.

Kami merasakan Felda United 2017 perlu memikirkan formula baru dalam permainan mereka bukannya cuba bermain dengan cara musim lalu.

Mereka masih pasukan yang kompetitif di peringkat domestik kerana kualiti skuad utama. Namun mereka akan bermain di AFC Cup pada musim 2017. Ini yang akan menguji mereka dari segi kekuatan skuad secara keseluruhannya.

Baca juga: Previu MSL 2017 : Weigang Membentuk Skuad Perak Yang Lebih Matang Dan Seimbang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN