FELCRA FC Mungkin Akan Beraksi Dalam Saingan Liga Super Musim Depan

Bulan lepas, Pengerusi FELCRA, Datuk Mohd Nageeb mengumumkan pasukan bola sepak FELCRA FC akan dibubarkan berikutan masalah kewangan dan kos operasi kelab itu yang agak tinggi.

Namun setakat ini, badan pengendali Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum menerima notis rasmi daripada pihak pengurusan FELCRA FC mengenai penarikan diri mereka tersebut.

Satu laporan daripada Berita Harian hari ini mengatakan FELCRA FC mungkin tidak akan menarik diri dan terus beraksi dalam saingan Liga Super musim depan meskipun dikejutkan dengan berita pembubaran pasukan itu sebelum ini.

Situasi itu sekali gus memberikan kelegaan khususnya kepada pemain dan pegawai yang bimbang dengan masa depan masing-masing selepas mendapat tiket beraksi di liga elit bola sepak tempatan.

Salah faham punca pembubaran pasukan diumumkan

Menurut sumber daripada Berita Harian, pembubaran yang diumumkan sebelum ini berpunca daripada salah faham antara pengurusan tertinggi dan pengurusan pasukan membabitkan sumber kewangan bagi memastikan operasi pasukan itu berjalan lancar.

“Pengurusan tertinggi tidak mendapat gambaran jelas mengenai sumber kewangan untuk operasi pasukan namun selepas pertemuan, penjelasan sudah dibuat dan mereka nampak bersetuju untuk memberi restu.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, ada petanda positif pasukan ini terus beraksi dalam Liga Super musim depan,” katanya.

Shahrom Kalam
Foto: FELCRA FC

FELCRA FC akan buat pengumuman dalam masa terdekat

Timbalan Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad mengesahkan mereka akan mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan perkembangan pasukan itu dalam masa terdekat.

“Mengenai persoalan yang diberikan, saya akan maklum apabila saya membuat sidang media dalam sehari dua lagi. Terima kasih.

“Nanti saya akan berikan tarikh sidang media kepada wartawan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Musim ini skuad The Rival berjaya menempatkan diri dalam kalangan dua pasukan terbaik Liga Perdana 2018 sekali gus layak beraksi dalam Liga Super musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN