Akram Bantu Qatar Tewaskan Switzerland Dalam Aksi Persahabatan

Persiapan Qatar untuk menghadapi saingan Piala Asia tahun depan bermula dengan langkah kanan  apabila pasukan itu mengejutkan Switzerland dalam perlawanan persabahatan antarabangsa di Lugano.

Ia merupakan aksi terbaik yang pernah dipamerkan oleh skuad kendalian Felix Sanchez itu sepanjang perlawanan persahabatan antarabangsa.

Akram Afif muncul sebagai wira Qatar

Qatar yang berada di ranking 96 dunia, berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui Akram Afif yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan Yvon Mvogo untuk menjaringkan gol pada minit 86 di hadapan 4,000 penonton.

Switzerland mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol melalui Michael Lang dan Christian Fassnacht tetapi bola gagal menerjah jaring gol.

Qatar, yang tidak pernah bermain di Piala Dunia mencatatkan kemenangan empat daripada lima perlawanan persahabatan termasuk menewaskan Ecuador 4-3 bulan lalu.

“Separuh masa pertama kami bermula buruk, separuh masa kedua lebih baik, tetapi pihak lawan tidak sepatutnya menang,” kata jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN