Federico Valverde: “Jaga Anak Lagi Susah Daripada Kawal Andy Robertson”

Federico Valverde Andy Robertson

Pemain Real Madrid, Federico Valverde telah ‘melancarkan’ satu lagi tembakan tepat kepada skuad Liverpool selepas kelab Sepanyol itu menewaskan gergasi England tersebut.

Dalam perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) yang lalu, Real menumbangkan Liverpool dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Vinicius Jr.

UCL: Gol Jaringan Vinicius Jr Bantu Real Madrid Julang Mahkota Eropah Ke-14

Kejayaan ke-14 Real di kancah Eropah itu turut disumbangkan oleh Valverde yang menafikan pergerakan yang bebas buat pertahanan Liverpool iaitu Andy Robertson selain kecemerlangan Thibaut Courtois di pintu gol.

Robertson seperti yang diketahui merupakan seorang pemain pertahanan kiri yang cukup aktif menyerang dan hantaran lintangnya cukup bahaya untuk dihadapi lawan.

Ketua pasukan Scotland itu pastinya merupakan pemain yang sukar untuk dikawal, tetapi selepas Valverde berdepan dengannya ternyata ianya berbeza.

“Jaga anak lagi susah daripada kawal Andy Robertson,” kata Valverde selepas perlawanan akhir.

Valverde berkata demikian selepas melakukan persembahan yang cemerlang untuk Real pada perlawanan tersebut.

Malah, ayat tersebut muncul secara gurauan selepas anak kecilnya yang sedang bersamanya ketika temuramah begitu seronok cuba mendapatkan pingat kemenangan UCL dari bapanya.

Oleh kerana berhempas-pulas untuk memastikan anaknya terkawal dengan baik ketika temuramah dilakukan, maka muncullah ayat tersebut.

Pesembahan cemerlang

Selain Courtois, Valvervde turut mencatatkan persembahan yang cemerlang pada malam kejuaraan Eropah di Paris itu.

Bermain dalam rangkaian tiga pemain di bahagian serangan bersama-sama Karim Benzema serta Vinicius, Valverde mencatatkan bantuan gol.

Menurut laman WhoScored, Valverde memperoleh rating 7.4 dengan berjaya melakukan tiga gelecekan melepasi lawan, 72% ketepatan hantaran serta berjaya memenangi bola di udara sebanyak sekali.

Sebagai perbandingan, Robertson pula tidak berjaya mempamer persembahan cemerlangnya apabila sekadar memperoleh rating 6.6 sahaja.

Walaupun mempunyai ketepatan hantaran sebanyak 90%, tetapi Robertson gagal melepasi mana-mana pemain ketika perlawanan dilangsungkan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN