Febrice Muamba Luah Kebimbangan Tentang Kemungkinan Eriksen Kembali Beraksi Di EPL

Febrice Muamba Christian Eriksen

Bekas pemain Bolton Wanderers, Febrice Muamba mengakui beliau bimbang dengan laporan yang mengatakan Christian Eriksen akan kembali mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Brentford menawarkan kontrak jangka pendek kepada pemain tengah Denmark tersebut.

Eriksen masih belum beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetitif sejak ‘tumbang’ ketika aksi pembukaan Euro 2020 pada Jun tahun lalu setelah mengalami serangan jantung.

Pemain berusia 29 tahun itu pada awal bulan ini mendedahkan beliau terbuka untuk kembali beraksi dan berhasrat untuk terus mewakili skuad kebangsaan Denmark dalam kejohanan Piala Dunia Qatar yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Pada bulan lepas, Inter Milan telah menamatkan kontraknya dengan persetujuan bersama kerana praturan di Serie A Itali telah menetapkan pemain yang telah memasang implan alat bantuan jantung tidak dibenarkan beraksi di liga utama negara tesebut.

“Seperti orang lain, saya pun teruja apabila Christian Eriksen mengatakan dia bersedia untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris. Tetapi saya yakin kamu semua tahu kenapa dalam masa sama saya juga risau,” ujar Muamba yang melalui pengalaman ngeri sama apabila terkena serangan jantung ketika aksi Piala FA menentang Tottenham Hotspur pada 2012.

Walaupun telah pulih, beliau menerima nasihat pakar yang menyarankan supaya melupakan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Sebaik sahaja bersara pada usia 24 tahun, Muamba menyambung pengajian ijazah dalam bidang kewartawanan sukan di Universiti Staffordshire dan mula berjinak-jinak dengan tugas sebagai pengulas di BT Sports dan BBC.

“Sebagai seorang yang pernah mengalami serangan jantung di atas padang, saya tak berapa yakin untuk melihat Christian beraksi semula,” tambahnya lagi.

“Perubatan yang semakin baik hari ini banyak membantu Christian untuk pulih dengan lebih cepat, mungkin ia menjadi salah satu sebab mengapa dia yakin untuk meneruskan kerjayanya.

“Daley Blind sekarang juga beraksi menggunakan alat bantuan jantung, jadi ia telah terbukti berkesan untuk bola sepak di peringkat tinggi.

“Tapi ia bukan hanya soal keadaan fizikal, tetapi juga aspek psikologikal dan perasaan keluarga kerana ia pastinya agak berat untuk mereka.”

Daley Blind yang merupakan bekas rakan sepasukan Eriksen di Ajax Amsterdam. Beliau juga mengalami serangan jantung dalam satu perlawanan persahabatan menentang Hertha Berlin pada Ogos 2020.

Tetapi selepas menerima rawatan dan menggunakan alat bantuan jantung yang dipanggil ICD, sehingga kini beliau masih aktif bermain dan merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Belanda yang beraksi di kejohanan Euro 2020.

Penjelasan Mengenai ICD, Teknologi Yang Memungkinkan Eriksen Kembali Beraksi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN