FASWSL: Henrietta Justine Julang Negeri Sembilan Raih Kejuaraan Sulung

Negeri Sembilan FASWSL

Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL) akhirnya melabuhkan tirainya setelah Negeri Sembilan muncul sebagai juara apabila menewaskan Footsouls dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Ketika perlawanan seakan-akan bakal ditentukan dengan sepakan penalti, Henrietta Justine muncul wira Negeri Sembilan apabila hantaran lintangnya gagal dikeluarkan oleh penjaga gol Rashidah Abdullah yang tertampan bola ke dalam gawangnya sendiri pada masa kecederaan.

Jaringan tunggal itu sudah cukup untuk Negeri Sembilan menjulang kejuaraan yang dianjurkan buat kali pertama oleh FAS.

Nur Ezza Ashikin dinobatkan selaku penjaga gol terbaik kejohanan selepas pemain berusia 18 tahun itu hanya dibolosi satu gol dalam pertandingan ini. Nurul Nadia Roslan pula menerima trofi penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

Henrietta Justine pula mendapat pengiktirafan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) berdasarkan sumbangannya merekodkan 7 gol dan menyumbang 6 bantuan gol sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Kredit Foto: Aremilworks

“Sebenarnya pada awal-awal itu agak sukar, tetapi rezeki memihak kepada Negeri Sembilan,” ujar pemain kelahiran Sabah itu ketika ditemubual selepas perlawanan.

Henrietta Justine juga merupakan penjaring gol kemenangan ketika membantu Dinolove menjuarai Kejohanan Bola Sepak Wanita Kuala Lumpur pada awal Januari lalu dan ia merupakan kejayaan berturut-turut buat pemain wanita kebangsaan itu pada tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN