Bekas Kapten UiTM FC, Victor Nirennold Sah Sertai Motherwell Di Scottish Premiership

Victor-Nirennold UiTM FC Motherwell 2022

Boleh dianggap antara khabar terbesar setakat ini, bekas pemain import UiTM FC di posisi pertahanan tengah, Victor Nirennold telah sah menyertai Motherwell FC di Scottish Premiership, saingan tertinggi liga di Scotland.

Dua musim bersama UiTM FC, beliau dilantik sebagai kapten pada musim lalu namun gagal membantu The Lions kekal bersaing di Liga Super musim depan. Mereka tersingkir ke Liga Premier 2022 apabila menduduki kedudukan tercorot liga dengan hanya 13 mata – lima mata di belakang Sri Pahang FC yang terselamat.

Ia bukan musim yang mudah buat mereka selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada musim pertama di Liga Super 2020 – menutup tirai di kedudukan ke-6 liga, walaupun tiada bintang dalam pasukan.

UiTM FC Sasar Kekal Dalam Liga Super 2022, Idam Ke Pentas Asia

Begitupun, kehilangan majoriti pemain import musim sebelum itu menyaksikan mereka bergelut pada musim 2021. Hanya Victor Nirennold dan Ousmane Fane yang kekal bersama pasukan dan mereka juga menyalin majoriti pemain import ketika jendela perpindahan pemain Liga Malaysia dibuka pada pertengahan tahun.

Menurut pengumuman rasmi di laman sesawang Motherwell, Victor Nirennold diumumkan sebagai pemain baharu mereka untuk kontrak singkat – sehingga penghujung musim 2021/22. Beliau berjaya menarik minat kelab tersebut selepas menyertai sesi ujian, selain pengendali kelab itu pernah bergandingan bersamanya.

Pengendali Motherwell, Graham Alexander pernah membimbingnya ketika di Fleetwood Town sekitar 2015.

Menurut Alexander, “Victor memberikan tambahan persaingan di sebelah kanan pasukan kita. Dia memiliki kemampuan yang sesuai dengan gaya permainan kita dan karekter yang akan digemari rakan sepasukan.”

“Kami gembira kerana dia berada di sini dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya lagi,” tambahnya.

Pemain dengan ketinggian 194cm itu sebelum menyertai UiTM FC, telah pernah beraksi di Amerika Syarikat bersama FC Miami City dan kemudian ke kelab EFL, Fleetwood Town sebelum berhijrah menyertai FK Senica. Pada musim 2019, beliau mula berkelana ke Asia Tenggara menyertai V-League bersama SHB Da Nang.

Motherwell kini berada di kedudukan ke-4 dalam saingan Scottish Premiership di belakang Celtic, Rangers dan Heart of Midlothian, mengutip 31 mata dalam 21 perlawanan. Berbaki 17 perlawanan, Victor Nirennold dijangka akan membuat penampilan sulungnya dalam aksi menentang Hearts pada 29 Januari ini di laman lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN