Farhan Abu Bakar Mohon Maaf Selepas Aksi Hambar Ketika Menentang Sarawak

Farhan Abu Bakar baru-baru ini menulis di laman sosial milik beliau diatas prestasi teruk beliau bersama skuad Kedah ketika menentang Sarawak tempoh hari.

Dalam perlawanan tersebut, beliau telah menampilkan aksi yang tidak memuaskan dan beliau telah dicemuh oleh penyokong Kedah kerana itu.

“Tiada lagi doa seorang ibu.”

Dalam penulisan beliau di laman Facebook dan juga Instagram. Farhan membawa kesemua pengikutkannya kepada kisah beliau bersama ibunya yang telah tiada.

Ibu Farhan sudah tiada sejak beliau berusia 10 tahun. Dan Farhan menggambarkan ibunya sebagai seorang yang sukakan bola sepak.

Masa saya dalam pantang dia usung saya naik bas sebab nak pergi tengok perlawanan bola sepak.”

Farhan juga memberikan bayangan yang jika ibunya masih hidup, pasti ibunya gembira lagi bangga melihat anaknya beraksi di padang.

Kalau mak masih ada, mesti mak seronok tengok anak sendiri di dalam padang. Sekurang-kurangnya, pasti mak bangga.”

Kredit: Facebook Kedah FA

Beliau sedar yang dirinya menjadi bahan kecaman di stadium tempoh hari, kecaman itu bagaimana pun membuatkan beliau semakin lemah.

Hal ini kerana, beliau tidak lagi mempunyai kekuatan doa seorang ibu yang pasti mahu lihat anaknya berjaya.

Kalau mak masih ada, diantara beribu penonton yg cerca saya, pasti terselit doa seorang ibu yang inginkan terbaik untuk anaknya.”

Tapi sayang, saya tiada lagi kekuatan doa dari seorang ibu untuk saya.”

Sudah ku tahu

Farhan Abu Bakar juga telah meminta maaf kepada ayahnya kerana beliau telah melarang ayahnya untuk ke stadium pada malam tersebut.

Kepada abah, minta maaf sbb saya nasihatkan abah untuk tidak ke stadium malam semalam, kerana saya sudah pun jangka.”

Biarlah 20 ribu penonton memaki saya sekali pun. Biarlah saya yang rasa tapi bukan abah. Biar hati saya tercalar, tapi bukan hati abah.”

Farhan dalam penulisannya juga berkata hatinya terkilan dan sedih kerana terlalu banyak caci makian yang diberikan kepadanya.

Namun begitu, beliau tetap akan mengambil positif perkara itu untuk menjadi pemain yang lebih baik di masa akan datang.

Beliau juga meminta maaf kepada semua penyokong Kedah diatas prestasi teruknya. Dan beliau juga cuma perlukan sokongan daripada semua pihak sahaja ketika ini.

Kepada rakan sepasukan saya, saya juga ingin memohon maaf andai saya ada salah dan silap.”

Mereka antara yang terhebat yang pernah saya bekerja di kala naik turun sepanjang karier saya ini. Will come back stronger insyaAllah!”

https://www.instagram.com/p/BPzUpjqDeMb/?taken-by=frhnbkr

Jadi penyokong Kedah, sudah bersediakah anda untuk berikan peluang kedua kepada Farhan?

Baca juga: Liverpool Kalah Di Tangan Wolverhampton, Tersingkir Dari FA Cup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN