Dong Fangzhuo, Si Pengejar Mimpi Yang Akhirnya Menjadi Bintang Tersisih

Kepada generasi baru nama Dong Fangzhuo mungkin terlalu asing untuk mereka. Namun tidak untuk peminat bola sepak yang menikmati bola sepak sedekad yang lalu.

Ke Manchester United

Pada tahun 2004 dunia bola sepak dikejutkan dengan nama Dong Fangzhuo. Orang China teruja kerana akhirnya bintang dari negara mereka akan bermain dalam pasukan terkemuka dunia pada usia 18 tahun.

Manchester United membeli Dong Fangzhuo dari Dalian Shide dengan nilai £500,000. Klausa add onn beliau mencecah £3.5 juta berdasarkan penampilan.

Peminat di China dilanda Fangzhuo-mania. Mereka lantas menyebut mereka juga ada bintang seperti Park Ji Sung.

Peminat China sendiri kebanyakannya belum pernah melihat Dong bermain. Namun menariknya data scouting Manchester United sudah menjejak beliau sejak usia 16 tahun.

Penyokong di China percaya Dong adalah Yao Ming dalam bola sepak. United berkata, Dong adalah prospek yang akan dibangunkan dan bukannya projek bintang segera atau alat pemasaran semata-mata.

Pada musim tersebut beliau dipinjamkan ke Royal Antwerp dan menjadi pemain kegemaran penyokong di sana. Pada separuh pertama musim divisyen 2 Belgium, beliau menjaringkan satu gol dalam setiap sembilan penampilan.

Ia boleh dikira baik kerana masalah komuniknas dan sering bermula dari bangku simpanan.

Tahun yang sama, Dong bermain untuk China dalam Kejohanan Remaja AFC 2004. Beliau antara pemain yang paling menyerlah dalam kejohanan itu dan membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir kejohanan itu.

Senarai Pendek FIFPro Young Player Of The Year

Beliau disenarai pendek untuk FIFPro Young Player of the Year 2005 bersama calon lain seperti Javier Mascherano, Wayne Rooney, Arjen Robbe, Bastian Schweinsteiger, Robinho, Cristiano Ronaldo, Cesc Fabregas, Rio Mavuba, Giorgio Chiellini, Obafemi Martins,dan Freddy Adu.

Media Inggeris cepat untuk mengangkat pemain ini sebagai potensi besar bola sepak dunia.

Dalam lawatan pra musim panas 2005 di Asia, Manchester United menurunkan Dong dalam tiga perlawanan merekan walaupun Dong masih belum layak lagi untuk bermain di EPL kerana isu permit kerja.

Namun tidak dinafikan bahawa Dong antara alat pemasaran baru mereka di China, tetapi Dong memang ada potensi. Ia adalah serampang 2 mata. Lihat sahaja nama pencalonan pemain muda FIFPro.

Kerjaya di Belgium

Musim berikutnya, Dong dipinjamkan sekali lagi di Belgium. Kali ini beliau lebih menyesuaikan diri dengan suasana di sana.

18 gol dalam 29 perlawanan liga adalah satu lagi pencapaian meyakinkan. Dong Fangzhuo sekali lagi menjadi perhatian Eropah.

Penyokong Manchester United mulai yakin beliau adalah bakat yang berhak dalam pasukan utama United.

Pada 2007 beliau dipanggil China untuk Piala Asia. Caps antarabangsa ini adalah dokumen beliau untuk mendapat permit kerja di England.

Namun Manchester United memtutuskan untuk meminjamkan beliau ke Antwerp sekali lagi pada Januari 2007. 3 tahun bekerja keras di Belgium, beliau sangan cemerlang.

34 empat gol dalam 67 penampilan untuk Antwerp adalah petanda baik untuk diberikan nombor skuad dalam pasukan Manchester United.

Impian Tercapai

Pada 2007, Dong akhirnya dipanggil oleh Manchester United. Debut tidak rasmi adalah dalam perlawanan amal.

Football – Manchester United v Europe XI – Friendly Match to commemorate the 50th anniversary of the signature of the Treaty of Rome – Old Trafford – 06/07 , 13/3/07
Dong Fangzhuo – Manchester United dejected
Mandatory Credit: Action Images / Jason Cairnduff

Dong diarahkan bermain dengan skuad simpanan (reserved) dan dia bergelut untuk memecah masuk ke pasukan utama.

Debut rasmi bersama skuad senior dalam kejohanan domestik utama Inggeris adalah pada Mei. Beliau digandingkan bersama lagenda United Ole Gunnar Solskjaer menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Namun perlawanan itu hanyalah pelengkap jadual United yang sudahpun juara EPL pada musim tersebut.

Musim 2007-08, dia cuma bermain dua kali sahaja untuk skuad utama United, iaitu ketika kekalahan 2-0 kepada Coventry City dalam Piala Liga dan perlawanan peringkat kumpulan UCL menentang Roma.

Football – AS Roma v Manchester United UEFA Champions League Group Stage Matchday Six Group F – The Olympic Stadium, Rome, Italy – 12/12/07
Manchester United’s Dong Fangzhuo (R) and Roma’s David Pizarro (L) in action
Mandatory Credit: Action Images / Michael Regan
Livepic

Kecederaan pada pertengahan musim sekali lagi mengganggu karier beliau di United. Pada musim akhir musim 2007/08, Manchester United menamatkan kontrak Dong Fangzhuo.

United berkata, Dong akan mendapat lebih banyak bolasepak di tempat lain termasuk di kelab ternama Eropah lain.

Namun prospek besar China ini mengambil keputusan untuk kembali ke tanah airnya untuk memulihkan kerjayanya.

Ia keputusan yang kurang digemari Sir Alex Ferguson yang mengharapkan Dong untuk mencari kelab elit Eropah.

Cuba Bangkit

Dong kembali ke kelab asal beliau Dalian Shide walaupun ada banyak kelab di Eropah dan England mahukan beliau. Ramai menjangkakan liga China terlalu mudah untuk Dong.

Namun sebaliknya yang berlaku. Dong gagal menjaringkan gol dalam 26 penampilan pertama. Pada tahun 2009 Dong kembali ke Eropah kerana tawaran kelab Poland, Legia Warsaw.

Selepas aksi mengagumkan persembahan pra-musim dengan Legia, Dong telah menandatangani perjanjian selama 18 bulan dengan opsyen untuk kontrak 2 tahun sekiranya beliau cemerlang.

Malangnya beliau gagal membuktikan apa apa di Poland. Cuma muncul dalam dua perlawanan liga sebelum dilepaskan daripada kontraknya serta merta.

Musim berikutnya Dong mencuba nasib di Liga Portugal dan kemudian ke Armenia sebelum pulang semula ke China.

Dari 2012, Dong akan menghabiskan masa tiga tahun di kelab divisyen ke-2 China. Setiap kali ditanya wartawan kenapa beliau sanggup bermain di liga bawahan? Dong selalu berkata; “Saya mahu bermula semula!”

7 gol dalam 25 penampilan pada musim pertamanya dengan Hunan Billows terbukti agak meyakinkan. Tetapi malangnya, sekali lagi, prestasinya menurun dan tak disambung kontrak.

Pada musim 2014, Dong bermain untuk Hebei Zhongji (Hebei China Fortune hari ini). Beliau hanya menjaringkan dua gol dalam tujuh perlawanan dan sekali lagi kontrak beliau tidak disambung.

Tinggal impian

Pada hari artikel ini ditulis, Dong Fangzhuo berusia 32 tahun tak ada kelab. Sedangkan ramai pemain China berusia 32 tahun yang masih bermain di era revolusi Chinese Super League.

Untuk bakat yang pernah bermain di Eropah, sepatutnya bukan usia yang terlalu tua untuk mendapat kelab di China atau di Asia.

Jadi apa yang sebenarnya berlaku kepada prospek besar China?

Ini kerana beliau ada karier yg boleh dibanggakan ketika di Belgium untuk mmbuktikan bahawa beliau pemain yg kompetitif.

Mungkin dia silap kerana tidak meneruskan karier di Belgium ketika dilepaskan United.

Cerita beliau adalah salah satu daripada kisah pemain bola sepak yang peak awal kemudian beransur menjadi satu cerita yang beliau sendiri tidak mahu dengar atau baca.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN