Timbalan Presiden FAP Datuk Gary Nair menegaskan yang FAP menolak perletakan jawatan oleh Zairil Khir Johari daripada jawatan Presiden FAP.
Datuk Gary Nair memberitahu Bernama yang tindakan Zairil itu agak tergesa-gesa dan akan meyebabkan pengurusan FAP menjadi kucar-kacir.
Beliau juga memberitahu yang FAP sudah pun bermesyuarat untuk mendengar pandangan semua anggota majlis FAP.
FAP mendapati, semua telah sebulat suara tidak menerima perletakan jawatan tersebut atas beberapa pertimbangan demi kepentingan pasukan.
Datuk Gary Nair juga menyatakan yang FAP sudah menubuhkan jawatankuasa kecil untuk bertemu dan memujuk Zairil untuk kekal sehingga akhir musim ini.
Ini kerana banyak perkara yang mereka masih perlukan bantuan daripda Zairil terutama sekali melibatkan masalah kewangan.
Zairil sebelum ini menghantar surat perletakan jawatan setelah Pulau Pinang tersingkir ke Liga Premier pada musim hadapan.
Pulau Pinang hanya menang 3 perlawanan setakat ini, dan kalah sebanyak 15 kali. Ia prestasi yang agak buruk untuk Harimau Kumbang.
Zairil Khir Johari dikritik hebat oleh penyokong Pulau Pinang kerana tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan mereka.
Mereka memecat Ashley Westwood kemudiannya melantik Zainal Abidin Hassan. Namun masih gagal untuk menyelamatkan Pulau Pinang daripada tersingkir.
FAP mengesahkan yang mereka ada berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membantu mereka dalam menentukan hala tuju pasukan Pulau Pinang selepas ini.
FAP juga berharap Zairil akan kekal sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) FAP pada November ini.