Piala Malaysia 2017: Kedah Sasar Layak Ke Perlawanan Akhir Buat Kali Ketiga

Kedah dan Felda United akan berentap pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Ahad ini sebelum aksi kedua di Stadium Darul Aman pada 21 Oktober ini. Berdasarkan rekod pertemuan, Kedah masih gagal meraih kemenangan ke atas Felda United sepanjang musim ini.

Mereka terikat 1-1 di Jengka selain tewas 1-3 di Alor Setar dalam saingan Liga Super. Walaubagaimanapun, Kedah tetap menyasarkan untuk melangkah ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut dan berwaspada dengan ancaman Felda United di Jengka.

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar mengakui pasukannya perlu berwaspada untuk berdepan anak buah B Sathianathan di Jengka, namun tetap yakin skuad Helang Merah mampu mendapat keputusan positif.

“Kami akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan kelebihan sebelum aksi timbal balik di Alor Setar. Perkara paling penting meledak gol tempat lawan,” kata Baddrol kepada harian metro.

“Prestasi Felda United semakin baik sejak dikendalikan Sathianathan. Pengalamannya berjaya menyumbang sesuatu kepada pasukan itu dan kami juga perlu mencari jalan untuk mengatasi mereka.”

Baddrol baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam saingan kelayakan Piala Asia di Hong Kong bersama skuad kebangsaan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada Hong Kong.

Pemain lain  yang turut bersama Baddrol dalam skuad Harimau Malaya termasuk Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan dan Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Chek Kassim dan Fitri Omar.

“Sebagai pemain, anda tidak dapat mengelak daripada rasa keletihan selepas perjalanan jauh. Namun, sebagai pemain profesional, kami sudah biasa menghadapinya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN