Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai FIFA World Cup Fantasy 2018?

Saat artikel ini ditulis, hanya tinggal 1 Hari, 7 Jam, dan 15 Minit sahaja lagi menjelang sepak mula Piala Dunia 2018 yang mengambil tempat di Rusia.

Demam Piala Dunia sudah mulai dirasai sejak beberapa bulan yang lalu, dan bahangnya terasa semakin dekat.

Demam Piala Dunia melanda

Pelbagai cara di kalangan ‘kaki bola’ menunjukkan minat dan sokongan mereka, sama ada terhadap pasukan ataupun negara yang mereka sokong dan gemari.

Antaranya ialah dengan memiliki cenderamata Piala Dunia dan jersi negara bertanding. Tidak kurang juga yang bersedia berbelanja lebih dengan menyertakan sekali ‘name set’ nama pemain kegemaran, baik Sergio Ramos mahu pun Mohamed Salah.

Skuad Harapan FC oleh Meor Syamim

Begitulah warna-warni Piala Dunia yang melanda penyokong bola sepak di Malaysia walaupun skuad negara tidak pernah beraksi di kejohanan tersebut.

Selain daripada pembelian jersi dan cenderamata, salah satu lagi perkara yang mulai menggamit penyokong bola sepak di Malaysia sejak beberapa edisi Piala Dunia yang lalu ialah permainan FIFA World Cup Fantasy.

FIFA World Cup Fantasy

Bagi anda yang merupakan peminat setia permainan Fantasy, apa yang perlu anda tahu mengenai permainan edisi Piala Dunia pada kali ini?

Bagi yang sudah biasa dengan permainan Fantasy Premier League (FPL), maka anda tidak akan berhadapan dengan banyak masalah untuk edisi Piala Dunia ini.

Anda turut boleh memilih pelbagai formasi seperti 3-5-2 pilihan Gary Hardin Lugard.

Peraturannya hampir sama dengan di FPL. Setiap pusingan, anda dibenarkan untuk melakukan beberapa set perpindahan pemain. Bagi perpindahan pemain melebihi kuota, empat mata akan dipotong.

Seperti di FPL, edisi Piala Dunia ini juga memiliki ‘bench boost’. Setiap kiraan mata juga adalah sama. Pemain pertahanan akan mendapatkan 6 mata jika menjaringkan gol, pemain tengah 5 mata dan pemain penyerang akan mendapatkan empat mata.

Taktikal 3-4-3 dan Lionel Messi sebagai kapten pilihan Nazreen Izahar. Apakah peluang Lembu Ayam?

Anda juga diberikan satu ‘wildcard’ untuk digunakan sepanjang kejohanan berlangsung, namun perlu diingatkan bahawa anda turut akan diberi peluang menukar keseluruhan pasukan selepas tamat pusingan peringkat kumpulan.

Bagi yang ingin berbuat demikian, anda harus melakukannya sebelum pusingan 16 pasukan terakhir bermula. Bezanya untuk permainan fantasy Piala Dunia berbanding FPL ialah tiadanya mata bonus yang akan diberikan.

Perbezaan dengan FPL untuk perhatian

Jangan risaukan mengenai mata bonus tersebut. Ada beberapa aspek lain yang perlu setiap pemain ambil perhatian untuk edisi Piala Dunia ini.

Di FPL, jika tarik akhir telah tamat, anda hanya perlu menunggu perlawanan pusingan tersebut untuk tamat untuk pengiraan mata.

Pilihan Ketua Editor Semuanya BOLA, Ahmad Muzammil.

 

Bagaimanapun untuk Piala Dunia, anda boleh melakukan beberapa perubahan pada hari perlawanan.

Perubahan yang boleh dilakukan ialah:

  1. Pertukaran pemain: Jika pemain di dalam kesebelasan utama anda sudah beraksi dalam perlawanan di pusingan yang pertama pada hari sebelumnya, anda masih boleh melakukan pertukaran jika anda yakin pemain gantian mampu menghasilkan mata yang lebih tinggi.
  2. Pemilihan kapten: Seperti mana sistem pertukaran pemain, anda boleh menukar kapten pasukan pilihan anda sepanjang pusingan tersebut berlangsung, sekiranya anda yakin kapten baharu anda mampu mengutip lebih banyak mata pada perlawanan berikutnya pada pusingan yang sama.
8 pasukan telah mengesahkan penyertaan di dalam private League Liga Penulis SB. Anda turut boleh menyertai public league untuk lebih interaksi dengan pemain dari seluruh dunia.

Namun jika anda melakukan pertukaran kepada kapten, anda tidak boleh lagi menggantikannya dengan kapten anda yang sebelumnya jika perancangan anda untuk mendapatkan mata tambahan gagal.

Satu lagi kelainan pada permainan Fantasy Piala Dunia berbanding FPL ialah anda turut mempunyai ‘Maximum Captain Booster’ untuk digunakan.

Jika anda menggunakan ‘booster’ ini, ia akan secara automatik memilih pemain dengan kutipan mata tertinggi di kalangan 11 pemain pilihan sebagai kapten.

Wow. Ada wakil dari Asia iaitu S. Kagawa. Di mana Salah?

Untuk memperolehi kelebihan tersebut, anda harus mengaktifkan kelebihan ‘Maximum Captain Booster’ sebelum bermulanya setiap pusingan.

Ianya mungkin memberi kelebihan kepada pasukan anda jika anda bijak memilih set perlawanan untuk tujuan pengaktifan.

Sudahkah anda mendaftar pasukan masing-masing untuk FIFA World Cup Fantasy 2018?

Penutup

Sekian sedikit tips dari kami mengenai FIFA World Cup Fantasy 2018. Sedikit sebanyak, semoga anda mendapat sedikit manfaat daripadanya.

Beserta artikel ini, kami sertakan gambar-gambar pasukan sebahagian daripada penulis Semuanya BOLA untuk dijadikan contoh dan tatapan anda.

Kongsikan pasukan anda di ruangan komen. Kami turut mahu mengetahui pilihan anda.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN