Quantcast

BERITA

Terkini: RFEF Pecat Lopetegui Kerana ‘Breach Of Contract’

Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah memecat pengurus, Julen Lopetegui sehari sebelum perasmian Piala Dunia, 48 jam sebelum sepak mula pasukan Sepanyol.

Hal ini selepas Lepetegui menerima jawatan di Real Madrid ketika masih ada kontrak dengan pasukan kebangsaan.

Semalam Real Madrid mengumumkan Lopetegui sebagai pengurus baharu dengan kontrak 3 tahun menggantikan Zindedine Zidane.

Presiden RFEF, Luis Rubiales terpaksa membatalkan urusan rasmi beliau di Rusia lebih awal untuk kongres FIFA.

Beliau terbang ke Sepanyol untuk menyelesaikan isu tersebut. Dalam kenyataan rasmi, beliau berkata:

“Kami terpaksa menyingkirkan jurulatih kebangsaan. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan.”

“Rundingan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan FA Sepanyol dan kami hanya dimaklumkan pekara itu 5 minit sebelum kenyataan media.”

“Kami harus mengambil tindakan. Julen melakukan tugas sangat hebat dengan pasukan, tetapi kami tidak boleh menerima perbuatan beliau dalam kes ini.”

Ditanya tentang siapa akan menggalas tugas itu, ini jawapan Rubiales:

“Kami akan meneliti sebaik mungkin sebarang kemungkinan. Kami akan usahakan dan beritahu anda semua.”

“Saya sudah bercakap dengan para pemain dan saya berjanji para pemain akan memberikan segalanya bersama-sama dengan jurulatih baru untuk membawa pasukan ini sejauh mungkin.”

“Menang sangat penting, memiliki jurulatih terbaik juga sangat penting, tetapi yang paling penting di atas semua itu adalah cara kita bertindak dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin agak sukar buat masa ini, harap perkara ini akan membuatkan kami lebih kuat.”

“Saya terpaksa terbang mengejut dari Moscor dan terlepas untuk mengundi calon Piala Dunia seterusnya. Kami harus bertindak segera, saya tahu segala tindakan saya akan mengundang kritikan, saya terima.”

Sepanyol akan menentang Portugal dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Jumaat.

Pada 22 Mie lalu, Lopetegui dilaporkan menandatangani perjanjian baru dengan Sepanyol untuk 2 tahun lalu.

Namun entah apa yang merasuk fikiran beliau membuatkan beliau menerima jawatan di Real Madrid tanpa melepaskan jawatan di Sepanyol terlebih dahulu ataupun berbincang dengan RFEF tentang perkara itu.

RFEF mengesahkan yang Lopetegui tidak akan mengendalikan sebarang urusan dengan pasukan kebangsaan di Rusia.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!