Fandi Ahmad Wajar Kekal Atau Tidak Bersama Sri Pahang?

Nasib pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad setakat ini dilaporkan masih belum pasti akan terus dikekalkan atau tidak bersama pasukan tersebut bagi mengharungi saingan pada musim hadapan.

Fandi sebelum ini menyertai kem Sri Pahang pada pertengahan musim lalu sebelum beliau secara rasminya dilantik selaku pengendali utama pasukan berkenaan dalam misi menjulang kembali kelab tersebut.

Nama Fandi bukan lagi asing dalam arena bola sepak tanah air, selepas kejayaan beliau suatu ketika untuk mengangkat nama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Walaupun begitu, nasib beliau bersama Sri Pahang sedikit berbeza walaupun pada awalnya Tok Gajah bermula dengan dengan sangat lancar bagi persaingan Liga Super 2023.

Ketika ditanya mengenai masa depan beliau bersama Sri Pahang, beliau menyerahkan segalanya kepada pihak kepimpinan tertinggi kelab jika Fandi masih layak atau tidak selaku jurulatih pasukan tersebut.

“Alhamdulillah, bagi saya pemain musim ini sudah memberikan yang terbaik. Tetapi mereka perlu bekerja lebih keras bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

“Namun, setakat ini, saya tidak tahu kedudukan (ketua jurulatih) kerana terserah kepada bos (pemilik SPFC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah),” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Bawah kendalian Fandi ketika ini menyaksikan Sri Pahang berada di tangga kelima Liga Super selepas pasukan tersebut telah mengutip 44 mata daripada 25 perlawanan.

Sri Pahang berpeluang untuk terus menambah mata pada perlawanan seterusnya bertemu Kuala Lumpur City (KL City) pada 16 Disember ini namun segalanya dilihat tidak akan berubah.

Jika dilihat daripada sentuhan dibawa oleh Fandi bersama Sri Pahang musim ini, pengendali dari Singapura itu wajar untuk terus dikekalkan kerana segalanya berjalan dengan lancar.

Walaupun begitu, sedikit rombakan mungkin perlu dibuat pasukan tersebut khususnya di posisi serangan dengan Fandi wajar diberi kebebasan menilai pemain bersesuaian akan taktikalnya.

Antara kelemahan ketara Sri Pahang musim ini terarah kepada posisi serangan yang dilihat kurang kreatif serta tajam di hadapan gawang gol.

Walaupun begitu, Fandi berkemungkinan akan terus mengekalkan khidmat Kpah Sherman jika pengendali itu terus diberi peluang menguruskan Sri Pahang pada musim hadapan menerusi reputasi dibawa penyerang berbisa itu sejak awal musim.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN