Fandi Ahmad Tumpu Perbaiki 2 Posisi Utama Sri Pahang Sebelum Aksi Liga M bermula

Pengendali utama Sri Pahang, Fandi Ahmad boleh dianggap sebagai individu paling sibuk ketika ini untuk mempersiapkan barisan pemain beliau sebelum tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula tidak lama lagi.

Selepas mengharungi beberapa aksi persahabatan serta memulakan kem latihan pusat dengan lebih awal, pastinya Fandi sudah pun mengesan beberapa kelemahan utama perlu diperbaiki membabitkan pasukannya.

Musim ini juga menyaksikan Sri Pahang sudah pun membuat beberapa rombakan dengan membabitkan ramai muka baharu telah pun menyertai kelab berkenaan.

Pastinya itu menjadi cabaran besar buat Fandi untuk membentuk kembali formasi serta taktikal sesuai sepanjang tempoh pramusim ini sebelum tirai saingan liga bermula.

Sebelum itu, Tok Gajah sudah pun mengharungi dua aksi pramusim mereka di Singapura serta mencatat keputusan positif untuk memberi kegembiraan buat para penyokong di media sosial.

Di Singapura, Sri Pahang berjaya mencipta rekod kemenangan 1-0 ketika menentang Albirex Nigata serta Geylang International untuk memastikan nama mereka megah di gelanggang lawan.

Gembira dengan keputusan itu, Fandi mengakui barisan pemain import pasukan itu semakin menyesuaikan diri dan akrab bersama tonggak tempatan pasukan tersebut sejak tiga bulan bersama.

Disebabkan itu, Fandi mahu suasana tersebut dapat dikekalkan supaya ia mampu menghasilkan keputusan positif bagi siri perlawanan seterusnya dan ketika Liga M bermula nanti.

“Alhamdulillah, mudah-mudahan akan lebih baik persembahan yang dipamerkan semua pemain apabila liga bermula nanti apabila hubungan mereka semakin akrab.

“Saya lihat kombinasi antara pemain lama dan baharu juga sangat positif, yang diharap membantu meletakkan Sri Pahang pada prestasi terbaik berbanding musim lalu

“Masing-masing mahu memberikan yang terbaik buat pasukan pada musim baharu ini dan ia begitu bagus buat Sri Pahang,” kata Fandi menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, Fandi mengakui posisi pertahanan serta tengah Tok Gajah masih perlu diperbaiki dan menuntut komitmen tinggi dapat diberikan oleh pemain untuk menjadikan ianya lebih baik.

“Seharusnya aspek bertahan memerlukan komitmen tinggi dan pada masa sama, memanfaatkan segala peluang untuk melakukan jaringan,” kata Fandi Akhir sekali

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN