Fandi Ahmad Sahkan Sri Pahang Bakal Tandatangani 2 Pemain Korea Selatan

Pasukan gergasi Liga Super, Sri Pahang dilaporkan bakal mendapat dua lagi tenaga import baharu untuk menambah kekuatan di segenap posisi diperlukan kelab tersebut musim ini.

Dua pemain tersebut dinyatakan masing-masing berasal dari Korea Selatan serta masih muda usia mereka untuk menjadi nilai tambah baharu buat skuad kendalian Fandi Ahmad.

Kenyataan itu disahkan sendiri menerusi pengendali dari Singapura itu dengan menyebut posisi kedua pemain tersebut yang dijangka akan membarisii Sri Pahang tidak lama lagi.

“Pemain Korea Selatan yang muda tu, beraksi di posisi sayap tetapi memiliki kekuatan serta sangat cepat. Seorang lagi beraksi di posisi pertahanan dan tengah bertahan pun dia boleh main,” jelas Fandi menerusi petikan Nadi Arena.

Difahamkan import tersebut sempat didaftarkan sebelum tarikh perpindahan pemain pusingan pertama Liga Super ditutup serta masih lagi tidak diumumkan oleh media rasmi mereka.

Walaupun begitu, beberapa penyokong Sri Pahang di media sosial sudah pun mengetahui identiti kedua individu tersebut menerusi Instagram ejen pemain berkenaan.

Pemain sayap yang dilaporkan akan menyertai Sri Pahang itu merupakan bekas pemain kelab K-League 1 sebelum ini di Korea Selatan bersama Pohang Steelers iaitu Ji Yong-lee.

Menarik mengenai pemain ini, Ji Yong masih lagi muda dengan berusia 23 tahun tetapi pernah memiliki pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama Korea Selatan bawah 14 (B-14) sebelum itu.

Dengan pengalaman beraksi di saingan lebih kompetitif sebelum ini, pastinya kehadiran Ji Yong ditagih Fandi untuk memberi suntikan lebih bertenaga di posisi serangan Sri Pahang.

Satu lagi pemain ialah Lee Jeong-geun yang beraksi di posisi pertahanan serta memiliki keupayaan sebagai tonggak tengah bertahan mengikut rencana taktikal.

Lee Jeong yang berusia 28 tahun sebelum itu sudah pun memiliki pengalaman beraksi di Asia Tenggara selepas beberapa musim menjadi salah satu tonggak untuk Police Tero dalam saingan Thai League 1.

Selain itu, beliau lebih aktif di Korea Selatan untuk menyertai beberapa kelab tempatan di sana seperti Yangpyeong FC, Yangcheon TNT, Busan IPark, dan pasukan lain lagi.

Untuk rekod, Sri Pahang kini sudah pun memilik enam pemain import serta seorang bintang naturalisasi yang diperkenalkan secara rasmi sebelum saingan bermula.

Dengan kehadiran dua bintang dari Korea Selatan itu, Sri Pahang akan mempunyai lapan pemain import secara keseluruhan untuk persaingan Liga M musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN